KUALA LUMPUR: Verifikasi data e-Kasih terkini menunjukkan jumlah penduduk miskin dan miskin tegar di Kuala Lumpur meningkat kepada 10,200 keluarga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata jumlah itu merupakan data yang diperoleh daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM yang merangkumi 6,800 keluarga berada dalam kategori miskin dan 4,400 keluarga dalam kategori miskin tegar.
"Data ini diperoleh berdasarkan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengklasifikasikan keluarga dengan pendapatan di bawah RM2,216 sebagai miskin dan RM1,110 ke bawah sebagai miskin tegar," katanya kepada media, malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan kemiskinan dan verifikasi data bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perkasa, Taman Maluri, di sini.
Terdahulu Mustapa melawat empat rumah di PPR Perkasa dan bertemu dengan penduduk terdiri daripada mereka yang menerima bantuan sosial dan orang kurang upaya (OKU) serta mengadakan dialog bersama persatuan penduduk.
Mustapa berkata sejumlah 300 keluarga daripada keseluruhan 800 keluarga di PPR Perkasa kini menerima pelbagai bantuan sosial dan kebajikan.
"Tujuan saya membuat tinjauan malam ini adalah untuk melihat sendiri situasi miskin bandar dalam usaha kerajaan mendapatkan profil keluarga yang dikategorikan sebagai miskin bandar.
"ICU JPM akan mengenal pasti keluarga yang memerlukan bantuan dan akan turun padang untuk beri penjelasan berkaitan program e-Kasih dalam usaha kerajaan rangka strategi tangani kemiskinan bandar dalam Rancangan Malaysia ke-12," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 12 2021
Mustapa mengadakan tinjauan kemiskinan dan verifikasi data bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di PPR Perkasa, Taman Maluri, malam tadi. - Facebook Mustapa Mohamed
Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
"Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau."
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kerajaan kaji impak teknologi ke atas pekerjaan
Kementerian Digital sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam pada Jumaat.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Mangsa banjir 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Banjir di Sarawak tambah buruk, mangsa bertambah
Banjir di Sarawak bertambah buruk, di mana bilangan mangsa semakin bertambah.
Kemas kini info portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM maklumkan, seramai 12,470 daripada 3,618 keluarga di Sarawak berlindung di 62 Pusat Perlindungan Sementara, PPS sehingga 9 pagi Sabtu.
Kemas kini info portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM maklumkan, seramai 12,470 daripada 3,618 keluarga di Sarawak berlindung di 62 Pusat Perlindungan Sementara, PPS sehingga 9 pagi Sabtu.
TM tamatkan sepenuhnya Streamyx, Unifi Lite pada 28 Februari
Telekom Malaysia tidak lagi akan menawarkan perkhidmatan berasaskan rangkaian tembaga menjelang 28 Februari 2025 kelak.
Pas perlukan formula baharu hadapi PRU16
Ahmad Zaharuddin berkata, untuk kekal relevan Pas perlu lakukan pembaharuan dalam barisan kepimpinan menjelang pemilihan parti tahun ini.
AWANI Pagi: Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025
Ikuti siaran luar AWANI Pagi Jelajah Assalammualaikum Negeri Sembilan 2025 secara langsung dari Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bersama Ezura Shazween Kamal Bahrin, Penolong Naib Presiden Kanan Pemasaran Kandungan Astro, dan Sherry Al-Hadad, selebriti, Sabtu, jam 8:30 pagi di saluran Astro AWANI 501.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Indahnya lain macam bila kita imarahkan masjid beramai-ramai.
Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, Amerika Syarikat
Media tempatan menyiarkan imej kebakaran besar dengan sekurang-kurangnya sebuah rumah dan beberapa kereta dilaporkan terbakar.
Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.