JAKARTA: Sekurang-kurangnya 10 anggota polis cedera dalam kejadian letupan yang menggegarkan Markas Briged Bergerak (Brimob) Polis Indonesia di Surabaya, Jawa Timur pada Isnin.
Ketua Polis Jawa Timur Inspektor Jeneral Imam Sugianto berkata individu yang cedera adalah antara sekumpulan 15 anggota yang menjalani latihan di kemudahan tertutup berhampiran gudang sementara yang meletup.
Kesemua anggota yang cedera menjalani rawatan semalaman untuk pemerhatian di hospital sebelum dibenarkan keluar pada Selasa.
"Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati serpihan kaca bertaburan yang mengenai anggota kami," katanya yang dipetik akhbar tempatan, detikJatim.
Imam berkata letupan yang dicetuskan oleh sisa bahan letupan mortar berlaku pada 10.19 pagi waktu tempatan, menyebabkan kerosakan pada ruang pejabat dan kenderaan.
Sisa mortar itu yang sebelum ini ditemui dan dipindahkan dari kawasan perumahan sedang menunggu untuk dimusnahkan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati letupan itu disebabkan oleh suhu tinggi daripada cuaca panas.
Sebanyak empat ambulans polis digunakan untuk membawa anggota yang cedera ke Hospital Bhayangkara Surabaya.
Sementara itu seorang peniaga di medan selera berhampiran, Hartati berkata beliau terdengar tiga bunyi letupan dengan yang terakhir paling kuat.
Letupan itu menggegarkan tingkap di rumah berhampiran dan pihak berkuasa bersiap sedia untuk membantu penduduk yang rumah mereka terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Individu yang cedera adalah antara sekumpulan 15 anggota yang menjalani latihan di kemudahan tertutup berhampiran gudang sementara yang meletup. - Gambar hiasan
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
10 anggota polis cedera dalam letupan di markas Brimob Surabaya
Sekurang-kurangnya 10 anggota polis cedera dalam kejadian letupan yang menggegarkan Markas Briged Bergerak (Brimob) Polis Indonesia di Surabaya, Jawa Timur pada Isnin.