PUTRAJAYA: Meskipun bumi Putrajaya ditimpa hujan, namun ia tidak mematahkan semangat penyokong tegar Datuk Seri Najib Razak apabila 10 bas dari Pekan, Pahang tiba di pekarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan prosiding rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu.
Seorang penyokong yang mahu dikenali sebagai Kak Ida berkata, setiap bas membawa 44 penumpang dari empat sayap UMNO Pekan, bertolak jam 12 tengah malam tadi.
"Kami ke sini hadir untuk memberi sokongan kepada Najib," katanya.
Ujar Kak Ida, dia sangat mengharapkan agar Ahli Parlimen Pekan itu dibebaskan daripada hukuman penjara 12 tahun dengan denda RM210 juta selepas didapati meyeleweng dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.
"Kalau boleh minta Najib dibebaskan. Saya rasa dia seorang sangat baik kerana kita duduk di kawasan Pekan, dia sangat baik," katanya sebak.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di pekarangan mahkamah mendapati kawalan keselamatan terus diperketatkan dengan penghadang besi diletakkan di hadapan kedua-dua pintu masuk.
Hanya individu yang mempunyai urusan dengan mahkamah sahaja dibenarkan masuk selain media perlu mendapatkan pas masuk.
Najib, 69, sebelum ini didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC International oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan tiga kes pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 23 2022

Sebahagian penyokong Najib yang tiba di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

10 bas penyokong Najib tiba dari Pekan
Menurut Kak Ida, setiap bas yang membawa 44 penumpang dari empat sayap UMNO Pekan itu, bertolak jam 12 tengah malam tadi.