KUALA LUMPUR: Seramai 10 pasangan diijabkabulkan dalam Majlis Akad Nikah Rahmah bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada tarikh istimewa 24 Februari 2024.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia bagi meringankan beban golongan B40 sekali gus melaksanakan rancangan yang sejajar dengan inisiatif Jawi untuk meneroka program-program ilmu pembangunan kekeluargaan.
“Setiap pasangan yang diraikan hari ini terdiri daripada golongan asnaf terpilih tetapi keutamaan diberikan kepada mereka yang bermastautin di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,000.
“Ini merupakan platform terbaik bagi menjayakan agenda pemerkasaan institusi kekeluargaan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan menerusi penjagaan nasab keturunan yang disarankan oleh syarak.
“Pembentukan keluarga yang bahagia menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Madani,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada Sabtu.
Majlis berkenaan dianjurkan Jawi bersama rakan strategik iaitu, Restoran Ali Maju Sdn Bhd, JAKEL Holdings Sdn Bhd, Dzzling Ummah dan Azraa Gold & Diamond sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun jabatan berkenaan.
Dalam majlis tersebut, pasangan pengantin paling muda yang diraikan berusia 18 tahun manakala paling tua pula berusia 52 tahun.
Mohd Na’im turut menggalakkan umat Islam khususnya orang muda untuk berkahwin susulan statistik jumlah perkahwinan semakin berkurang manakala kes penceraian kian meningkat.
Ujarnya, majlis itu merupakan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia berkahwin daripada meneruskan kehiidupan bujang sehingga tua.
“Dalam majlis hari ini, pengantin lelaki hanya perlu bayar mas kahwin, yang lain semuanya disumbangkan oleh rakan-rakan strategik kami.
“Semoga perkahwinan ini menjadi medan bertambahnya iman serta taqwa dalam diri kalian dan semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,” tambahnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024
![10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah 10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708753095_AkadNikahRahmah.jpg)
10 pasangan yang diijabkabulkan pada Sabtu di Majlis Akad Nikah Rahmah. -Foto Jawi
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630318_MaritimMalaysiagag.jpg)
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.
![Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabulkan Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabulkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724341169_TBTENGKUAFZAN.jpg)
Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabulkan
Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan.
![Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111 Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51714788523_TyraKamaruzzaman.jpg)
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
![10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah 10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708753095_AkadNikahRahmah.jpg)
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
![Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah! Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71704012406_TBPuteraMateen.jpg)
Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah mengucapkan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.
![Bakal suami cabut lari, pengantin perempuan terpaksa kahwin bapa mentua Bakal suami cabut lari, pengantin perempuan terpaksa kahwin bapa mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693804328_kahwin.jpg)
Bakal suami cabut lari, pengantin perempuan terpaksa kahwin bapa mentua
Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.
![Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691314098_TBubai.jpg)
Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah
Pempengaruh media sosial, Ubai akui pernah menjadi peminat Shila Amzah, 33, dalam diam sejak tahun 2011 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah.
![Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689403971_TBWanAzAleesa.jpg)
Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.
![Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689266628_CatFarishShikinM.jpg)
Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish kini bergelar suami kepada cinta hatinya, Shikin Maembong, tepat jam 9.07 malam Khamis.
![Sekali lafaz, Aliff Muhaimin sah suami Fatin Alissa dengan mas kahwin RM15,000 Sekali lafaz, Aliff Muhaimin sah suami Fatin Alissa dengan mas kahwin RM15,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687582582_TBAliffMuhaimin.jpg)
Sekali lafaz, Aliff Muhaimin sah suami Fatin Alissa dengan mas kahwin RM15,000
Dalam majlis itu, Aliff atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman menyerahkan mas kahwin RM15,000 dan sebentuk cincin.
![Lima kali 'blackout' dan 'mic' rosak, ini 12 hal menarik pada majlis perkahwinan Shuib-Watie Lima kali 'blackout' dan 'mic' rosak, ini 12 hal menarik pada majlis perkahwinan Shuib-Watie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687578084_TBShuibWatie.jpg)
Lima kali 'blackout' dan 'mic' rosak, ini 12 hal menarik pada majlis perkahwinan Shuib-Watie
Istimewa, dikongsikan beberapa hal menarik sepanjang majlis bahagia pasangan mempelai.