GEORGE TOWN: Polis menerima 11 laporan berhubung kejadian premis-premis menjual kenderaan terpakai di kawasan Green Lane dan Pulau Tikus, di sini disimpah asid sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan yang dijual di situ.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu bermula awal bulan ini sehingga beberapa hari lepas membabitkan 10 premis menjual kenderaan terpakai.
"Ada (premis) yang dua kali disimbah asid, polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.
"Polis tidak menolak kemungkinan kejadian menyimbah asid sehingga merosakkan kenderaan yang dijual di premis-premis itu dilakukan oleh pihak atau suspek yang sama dan usaha mengesan mereka yang terlibat giat dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, semua pemilik premis menjual kenderaan terpakai itu mendakwa mereka tidak berhutang dengan along, bermusuh, bergaduh atau perselisihan faham dengan mana-mana pihak sehingga premis mereka disimbah asid.
Soffian berkata pihak polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut punca sebenar kejadian itu dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian bagi mengesan suspek.
Katanya, kes itu disiasat menurut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat.
"Jumlah keseluruhan kerugian kerosakan oleh semua pemilik premis menjual kenderaan terpakai itu sedang kita dapatkan daripada mereka," katanya.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pihak polis bagi menyalurkan maklumat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

Soffian berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu bermula awal bulan ini sehingga beberapa hari lepas membabitkan 10 premis menjual kenderaan terpakai. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

10 premis jual kenderaan terpakai disimbah asid
Polis menerima 11 laporan berhubung kejadian premis-premis menjual kenderaan terpakai di kawasan Green Lane dan Pulau Tikus, disimpah asid.