KUALA TERENGGANU: Sebanyak 10 sungai di lima daerah di Terengganu melepasi paras bahaya setakat 3.15 petang ini susulan hujan berterusan sejak Jumaat lepas.
Menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my, di Daerah Besut stesen terlibat termasuk Sungai Besut di Jambatan Keruak yang mencapai paras 37.56 meter (meter) dan Sungai Besut di Kampung La di paras 24.19 manakala di Daerah Setiu, Sungai Nerus di Kampung Langkap mencatat paras 21.24m sementara Sungai Setiu di Kampung Besut, 17.99m.
Di Daerah Hulu Terengganu pula, Sungai Berang di Kampung Menerong telah mencapai paras 25.33m; Sungai Peneh di Felda Mengkawang (38.57m) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (23.00m).
Dua stesen di Daerah Dungun iaitu Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja mencatat paras 38.88m manakala Sungai Dungun di Jambatan Jerangau pada paras 12.67m dan diikuti dengan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman yang mencapai paras 18.77m.
Dalam pada itu lima stesen sungai di negeri ini merekodkan bacaan melepasi paras waspada iaitu Sungai Besut di Jambatan Jerteh, Besut; Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri, Setiu; Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang.
Sementara itu menurut http://bencanaalam.jkr.gov.my beberapa laluan terpaksa ditutup akibat banjir dan juga tanah runtuh setakat 2 petang ini.
Di Daerah Hulu Terengganu Jalan Kampung Matang-Nibong-Bukit Tadok, Hulu Terengganu dibuka kepada kenderaan berat sahaja dan Jalan manakala Jalan Kampung Jak-Kejir dan Jalan Pelata ditutup kepada semua kenderaan.
Di Daerah Dungun pula Jalan Tok Kah Jerangau dan Jalan Tepus Kuala Jengai, Dungun ditutup kepada semua kenderaan ringan dan dibuka kepada kenderaan berat.
Sehubungan itu orang ramai dinasihati mendapatkan maklumat melalui laman sesawang berkaitan sebelum memulakan perjalanan dan menggunakan laluan alternatif.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023

Di Daerah Hulu Terengganu pula, Sungai Berang di Kampung Menerong telah mencapai paras 25.33m; Sungai Peneh di Felda Mengkawang (38.57m) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu (23.00m). - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Monsun: Kerajaan akan perkenal dasar pengurusan risiko bencana negara
Kerajaan akan memperkenalkan dasar pengurusan risiko bencana negara sebagai langkah persediaan menghadapi fasa peralihan monsun.

Selut di Sungai Batu disebabkan fenomena semula jadi - PIC
Keadaan semula jadi kawasan pesisiran pantai Pulau Pinang Selatan adalah kawasan dataran lumpur dan ia turut disahkan semasa penyediaan laporan EIA.

Banjir: 20 maut, 5.2 juta penduduk terjejas di Bangladesh
Banjir itu disebabkan oleh hujan monsun tanpa henti sekali gus menyebabkan limpahan air sungai.

Lapan maut, dua juta terjejas banjir di Bangladesh
Keadaan banjir mungkin bertambah buruk di bahagian utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.

Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka
Monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan.

Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.

Pengusaha 'kepok' lega cuaca semakin baik di Terengganu
Mohd Bukhori Zainal Abidin, 50, berkata bekalan keropok keping di kedainya semakin berkurang akibat hujan sejak awal bulan ini.

Empat sungai di Kelantan lepasi paras bahaya
Sungai Kelantan merekodkan bacaan 25.96m melebihi paras bahaya 25m, manakala Sungai Nal mencatatkan bacaan 27.57m melebihi paras bahaya 25m.

10 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Sebanyak 10 sungai di lima daerah di Terengganu melepasi paras bahaya setakat 3.15 petang ini susulan hujan berterusan sejak Jumaat lepas.

Bangladesh rekod lebih 300 kematian akibat denggi dalam tempoh sebulan
Bangladesh terus mencatat rekod terburuk bagi kematian akibat wabak denggi dengan mencatat 396 kematian pada September.