KUALA LUMPUR: Program Musa'adah Tijariyyah 2.0 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan antara empat program penanda aras pencapaian kejayaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).
Menterinya Senator Idris Ahmad berkata program berbentuk bantuan perniagaan sebanyak RM3,000 itu dilihat memberi impak positif kepada 1,000 usahawan asnaf yang kekurangan modal atau ingin mengembangkan perniagaan di Wilayah Persekutuan.
Program yang diperkenalkan sejak Mac 2021 itu telah melepasi sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu 700 individu, sekali gus mempamerkan kesungguhan pihaknya dalam membantu golongan asnaf keluar daripada tampuk kemiskinan.
"Kita memperuntukkan RM3 juta untuk tujuan ini. Jadi ini bukanlah bantuan berbentuk pinjaman atau geran. Ia bukanlah bantuan jangka pendek, malah membantu mereka meningkatkan taraf hidup dalam jangka panjang," katanya selepas siaran Buletin Bernama, terbitan Bernama TV di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, sepanjang 100 hari pentadbiran jabatannya juga, Idris berkata seramai 47 asnaf telah menerima manfaat dari Program MyHaus Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan keseluruhan berjumlah kira-kira RM2.35 juta.
"Dalam projek ini, KPI yang telah saya sasarkan sebelum ini kepada Perdana Menteri adalah 45 rumah dan ia berjaya melepasi sasaran apabila kita memperuntukkan bantuan kira-kira RM50,000 bagi setiap rumah dengan kriteria penerimanya terdiri daripada kalangan peniaga kecil-kecilan," katanya.
Idris yang juga muka baharu dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata selain itu, pencapaian Program Inspirasipreneur YaPIEM turut wajar diberi perhatian kerana setakat 1 Sept hingga 9 Dis ini, seramai 8,387 peserta atau 97.35 peratus telah berjaya dikesan daripada sasaran 8,600 peserta untuk ditransformasikan.
Selain itu, katanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah berjaya memperkasakan industri Pensijilan Halal Malaysia apabila berjaya menyelesaikan 104 atau 75 peratus daripada 168 permohonan sijil pengesahan halal Malaysia dalam tempoh 30 hari bagi permohonan yang tidak mempunyai teguran audit.
Dalam pada itu, Idris berkata terdapat 208 program telah dirancang 14 agensi di bawah kementerian merangkumi lima strategi 'Inisiatif Mantap' yang memberi fokus dalam pelaksanaan dasar dan program ke arah membawa keluar Keluarga Malaysia daripada kesempitan hidup akibat pandemik COVID-19.
Inisiatif berorientasikan program (program oriented) dan turun padang itu selari dengan saranan Perdana Menteri bahawa fokus utama kerajaan adalah untuk menjaga kebajikan rakyat agar segera keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi.
"Sehingga kini sebanyak 137 program atau 66 peratus telah selesai dilaksanakan manakala selebihnya 69 program dijangka selesai sebelum 9 Dis ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Idris berkata program berbentuk bantuan perniagaan sebanyak RM3,000 itu dilihat memberi impak positif kepada 1,000 usahawan asnaf yang kekurangan modal atau ingin mengembangkan perniagaan di Wilayah Persekutuan. - Foto BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Projek penyelenggaraan tandas sekolah KPM 90 peratus dalam pelaksanaan, siap
Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan.

JPM, KKD bincang penubuhan pasukan petugas untuk bendung penipuan dalam talian - Fahmi
Fahmi berkata ini adalah antara langkah bagi menghentikan sepenuhnya penipuan komersial yang semakin meningkat susulan kemajuan dalam teknologi digital dan memerangi penipu.

JPM Hal Ehwal Agama, HGIM jalin kerjasama dalam pembangunan kefahaman Islam
Ia bagi memperkasakan hal ehwal Islam di Malaysia dalam aspek pembangunan fitrah, budaya kesederhanaan Islam dan nilai wasatiyyah.

Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.

Kenyataan media dakwa Zulkapli disiasat adalah palsu - JPM
Kenyataan media bertajuk 'Siasatan Ke Atas Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam' yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri adalah palsu.

Anwar hadir majlis Madani Aidilfitri JPM, sambutan hari raya KKM
Anwar meluangkan masa hampir sejam pada majlis itu dan sempat beramah mesra dengan kira-kira 3,000 penjawat awam daripada agensi dan jabatan di bawah JPM.

Poster tular 'Kredit Shopee RM400' palsu - JPM
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini, JPM menegaskan bahawa poster berkenaan adalah palsu.

PM seru kakitangan awam bawa perubahan pada negara
Ujar Anwar Ibrahim, matlamat itu mungkin sukar dicapai sekiranya tidak menerima kerjasama daripada semua pihak.

Tarekat: Ahmad Marzuk perlu guna saluran betul - NGO
Datuk Ahmad Marzuk Shaary diingatkan agar menggunakan saluran yang betul apabila memberikan pendapat peribadi mengenai tarekat dan tasawuf.

100 hari: Empat program JPM Hal Ehwal Agama lepasi sasaran KPI - Idris Ahmad
Program Musa'adah Tijariyyah 2.0 MAIWP merupakan antara empat program penanda aras pencapaian kejayaan JPM Hal Ehwal Agama dalam AKM.