KUALA LUMPUR: Hubungan kerjasama antara parti politik dalam Kerajaan Perpaduan dilihat menerima reaksi berbaur dalam kalangan rakyat dan ini mampu menjadi indikasi bahawa rakyat masih berada di atas pagar berhubung keyakinan mereka terhadap kestabilan kerajaan hari ini.
Berdasarkan dapatan kaji selidik mega sempena 100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan anggaran 36 peratus responden berpendapat, hubungan antara parti dalam kerajaan tidak berjalan baik, 34 peratus pula berpendapat ia berjalan dengan baik, manakala bakinya tidak pasti.
Ia boleh menjadi indikasi bahawa rakyat masih berada di atas pagar berhubung keyakinan mereka terhadap kestabilan kerajaan hari ini.
Kabinet Perpaduan Nasional 2023
Bagi komponen parti dalam kerajaan, Pakatan Harapan dan MUDA menerima respon paling baik apabila 59 peratus percaya semua parti bekerja dengan baik, diikuti Gabungan Parti Sarawak (45 peratus), Barisan Nasional (43 peratus) dan Gabungan Rakyat Sabah (28 peratus).
Kaji selidik secara dalam talian itu digerakkan secara bersama oleh Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Research.
Lebih 36,000 responden mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dijalankan selama 10 hari tersebut.
Sebelum ini, kaji selidik mega pernah digerakkan lima media perdana negara bersama firma penyelidikan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dengan membawa mesej jelas iaitu mengumpulkan hasrat dan suara rakyat Malaysia.
Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November tahun lalu setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Madiha Abdullah
Sun Feb 26 2023
Hubungan kerjasama antara parti politik dalam Kerajaan Perpaduan dilihat menerima reaksi berbaur dalam kalangan rakyat. - Gambar fail
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Kadar gaji peka keperluan isu rumah dan wanita, rapatkan jurang gender - IDEAS
Jurang pendapatan dan kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh negara boleh ditingkatkan dengan pelaksanaan dasar yang peka dengan keperluan wanita.
Dapatan kajian 100 Hari Kerajaan Perpaduan mencurigakan - Fahmi
Maklumat kajian itu tidak mencerminkan pendapat keseluruhan rakyat, sampel responden tidak seimbang dan metodologi kajian meragukan.
Suburkan prinsip toleransi, sirna fahaman Islamofobia - Penganalisis
Masyarakat harus memahami konsep Malaysia MADANI khususnya berkaitan prinsip toleransi bagi menyirnakan fenomena Islamofobia.
Lambakan maklumat salah cetus Islamofobia, tangani dengan wacana merakyat - Penganalisis
Islamofobia boleh tercetus akibat lambakan maklumat sehingga menyebabkan pelbagai maklumat yang salah tersebar dalam kalangan masyarakat.
100 Hari Kerajaan Perpaduan: Rakyat gesa segera selesai lima isu utama - Kaji selidik
Seramai 56 peratus responden mahu isu pendidikan diberi perhatian segera.
100 Hari Kerajaan Perpaduan: Rakyat terbeban beli barang keperluan asas - Kaji selidik
Seramai 80 peratus daripada 35,077 responden menyenaraikan perkara itu sebagai kebimbangan utama mereka.
100 Hari Kerajaan Perpaduan: Kerjasama politik masih jadi persoalan rakyat - Kaji selidik
Dapatan itu boleh menjadi indikasi rakyat masih berada di atas pagar berhubung keyakinan mereka terhadap kestabilan kerajaan hari ini.