IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang Cheah Pou Hian berkata pihaknya sedang berusaha mengesan 100 pemilik Rumah Pangsa Taman Pertama di sini untuk menyelesaikan pelbagai masalah di kawasan perumahan tersebut.
Cheah berkata antara masalah dihadapi penduduk di kawasan kediaman terbabit ialah rumah dijadikan sarang penagihan dadah dan kegiatan vandalisme.
"Hasil pemeriksaan terhadap 280 unit kediaman tiga tingkat di dua blok rumah pangsa berkenaan mendapati 152 daripadanya tiada penghuni, selain menjadi sarang penagihan dadah.
"Kita juga terima banyak aduan daripada penghuni di sini tentang masalah sampah yang berlonggok di rumah tak berpenghuni tersebut hingga menimbulkan bau tidak menyenangkan," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Selain itu, menurutnya kejadian kebakaran di unit rumah yang ditinggalkan juga meresahkan penghuni lain.
Justeru, Cheah berkata atas faktor keselamatan dan keselesaan penghuni sedia ada, operasi mengesan 100 pemilik rumah pangsa terbabit bagi menyelesaikan masalah berkaitan sedang dilaksanakan.
"Saya anggarkan mereka ini dapat dikesan sebelum Januari tahun depan supaya satu mesyuarat jawatankuasa bertindak dapat membuat keputusan bagi menangani masalah berbangkit.
"Data juga sedang dikumpul dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan agensi berkaitan untuk mengesan pemilik rumah yang kosong termasuk yang menyewakan kepada pihak lain atau sudah menjual unit mereka dan kita harapkan mereka dapat menghubungi kami," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan RM192,000 kepada MBI bagi membina tembok di sekeliling rumah pangsa terbabit.
Menurutnya jawatankuasa penduduk juga telah disusun semula bagi mempertingkatkan keselamatan secara beransur-ansur, selain pihaknya turut memperuntukkan RM22,000 bagi pelaksanaan kempen pembersihan berskala besar bersama badan bukan kerajaan (NGO) di rumah pangsa berkenaan.
"Pihak KPKT juga turut meluluskan RM145,000 bagi tujuan turapan jalan dalam kawasan perumahan selepas kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Cheah berkata antara masalah dihadapi penduduk di kawasan kediaman terbabit ialah rumah dijadikan sarang penagihan dadah dan kegiatan vandalisme. - Gambar FB Cheah Pou Hian Fans

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

100 pemilik Rumah Pangsa Taman Pertama sedang dikesan, selesaikan masalah penduduk
Antara masalah dihadapi penduduk di kawasan kediaman terbabit ialah rumah dijadikan sarang penagihan dadah dan kegiatan vandalisme.