Kira-kira 100 rumah terjejas teruk dalam kejadian ribut yang melanda beberapa kampung di sekitar Kampung Seri Klebang dan Kampung Chepor di Ipoh pada Sabtu.
Kejadian berlaku sebelum waktu berbuka puasa, kira-kira jam 6.30 petang, merosakkan bahagian atap, selain terdapat beberapa rumah yang dihempap pokok.
Selain rumah penduduk, sebuah menara masjid turut tumbang dan menghempap sebuah inap desa yang baru siap dibina, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, anggaran kerugian yang dihadapi penduduk masih dalam siasatan dan kesemua mangsa telah membuat pendaftaran.
“Ini satu lagi dugaan bagi kita, terutama sekali penduduk di sini, yang sedang menjalani ibadah puasa. Saya harap mereka semua dapat bersabar.
“Tentunya pihak kerajaan negeri tetap akan bantu. Kita akan cari jalan beri bantuan yang terbaik kepada mereka,” katanya ketika melawat lokasi kejadian malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, setakat ini terdapat dua keluarga meminta dipindahkan kerana rumah mereka rosak teruk dan akan ditempatkan di inap desa berhampiran.
Menurutnya, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung, prosedur operasi standard (SOP) pemindahan mangsa akan diperketatkan dengan mengambil kira keperluan kesihatan dan penjarakan sosial.
“SOPnya lebih kurang sama dengan yang kita buat untuk gelandangan di Arena Badminton di Kompleks Sukan MBI dan memang pihak NADMA, Jabatan Kebajikan Masyarakat ada SOP begini.
“Walapun penularan wabak (COVID-19) dalam keadaan yang masih terkawal dengan baik dan tidak begitu membimbangkan, namun kita perlu perketatkan pergaulan, penjarakan sosial dan sebagainya,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Asmuni Awi berkata, pihaknya akan menyediakan bungkusan makanan untuk sahur kepada mangsa-mangsa terlibat.
Katanya, bungkusan makanan akan diedarkan di rumah-rumah mangsa dan di pusat pemindahan yang mungkin dibuka.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Apr 25 2020
Menara Masjid Al-Amaniah At-Taiyyibah, Kampung Seri Klebang, tumbang dalam kejadian ribut di Ipoh pada petang Sabtu, 25 April, 2020. - Foto Sinar Harian
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.