KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,010 unit rumah mampu milik, iaitu Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI di Desa Tasik Sungai Besi di sini, bakal ditawarkan kepada kumpulan sasar M40 dan ke bawah yang belum memiliki kediaman.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pembangunan projek di kawasan seluas 1.4 hektar itu membabitkan 910 unit rumah Residensi Wilayah yang berkeluasan 902 kaki persegi (83.8 meter persegi) dan 908 kaki persegi (84.4 meter persegi) dengan harga jualan RM300,000 seunit.
"Residensi Prihatin MADANI pula melibatkan pembangunan 100 unit berkeluasan 902 kaki persegi (83.8 meter persegi) dengan harga jualan RM200,000 seunit," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi di sini hari ini.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
DBKL memaklumkan Pusat Penjaja MADANI juga bakal dibina bersebelahan Kompleks Sukan Desa Tasik di atas tanah seluas 0.17 hektar yang akan dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta, surau dan ruang makan yang luas.
Berhubung syarat permohonan, Residensi Wilayah ditawarkan kepada individu berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000.00 (berkahwin) serta dilahirkan atau bekerja atau menetap di Kuala Lumpur.
Residensi Prihatin MADANI adalah antara inisiatif yang dijayakan di bawah gagasan Malaysia MADANI bagi menyediakan perumahan mampu milik kepada golongan sasaran M40 dan B40.
"Keutamaan diberikan kepada pemohon yang lahir atau menetap atau bekerja di Wiayah Persekutuan Kuala Lumpur yang belum mempunyai kediaman," menurut kenyataan itu.
DBKL berharap pembangunan rumah mampu milik berkenaan akan dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang selesa dengan harga jualan berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Anwar merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI serta Pusat Penjaja MADANI di Desa Tasik Sungai Besi hari ini. - Gambar Bernama
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.
Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis
Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.
Sentuhan magis 'Pak Andam Megat' serikan pengantin lelaki
Menggalas tanggungjawab penting membangkitkan aura wajah pengantin, penampilan Megat Mat Akhir berjaya memikat perhatian ramai.
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
PA Desa Rejang: Satu lif beroperasi, dua lagi dalam proses penggantian - Zaliha
Satu daripada tiga lif di Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang sebelum ini mengalami kerosakan sudah pun diperbaiki dan boleh digunakan.
Jalan Masjid India dibuka sepenuhnya kepada orang awam - Datuk Bandar
Jalan Masjid India di sini yang terlibat dengan insiden tanah jerlus Ogos lepas, dibuka sepenuhnya kepada orang awam hari ini.
Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.