KUANTAN: Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata kerajaan negeri dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) juga sehingga kini mempunyai 32 projek yang sedang dalam peringkat pelaksanaan dengan Surat Setuju Terima (SST) telah diserahkan kepada kontraktor yang dilantik.
"Nilai keseluruhan bagi semua projek ini ialah RM461 juta. Selain itu, sejumlah 82 projek sedang dalam peringkat prapembinaan membabitkan komitmen kewangan berjumlah RM1.91 bilion sejajar dengan hasrat kerajaan negeri merealisasikan pengurangan masalah bekalan air kepada 90 peratus pada 2026.
"Kerajaan negeri dan PAIP akan sentiasa berusaha memastikan mutu perkhidmatan bekalan air terus ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (BN-Inderapura) mengenai kedudukan semasa kewangan PAIP dan tahap kemampuan kewangan PAIP bagi menampung keperluan pembangunan dan naik taraf bekalan air.
Sementara itu, Wan Rosdy memaklumkan buat kali pertama dalam sejarah pengkorporatan PAIP, operator bekalan air itu telah berjaya mencatat keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 2023.
"Keuntungan bukanlah fokus utama PAIP, kedudukan aliran tunai lebih positif dan kukuh adalah lebih diutamakan bagi memastikan PAIP berdaya saing dalam menyediakan kerja-kerja perbelanjaan modal.
"Kerja-kerja perbelanjaan modal ini akan menjadi fokus utama dalam memastikan PAIP mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada pengguna.
"Dengan kedudukan kewangan yang kukuh ini dapat memberikan keyakinan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk memberi peruntukan kewangan dalam usaha PAIP menggantikan paip usang, menaik taraf loji dan tangki-tangki," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024

Wan Rosdy memaklumkan buat kali pertama dalam sejarah pengkorporatan PAIP, operator bekalan air itu telah berjaya mencatat keuntungan bersih bagi tahun kewangan berakhir Disember 2023. - Foto fail/BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.