IPOH: Sejumlah 1,045 cerun yang dikategorikan sebagai amat berbahaya telah dikesan di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia setakat ini.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan, antara kawasan cerun yang dikenal pasti ialah jalan yang berada di kawasan tanah tinggi yang mana aliran airnya tidak terkawal sehingga menyebabkan berlakunya takungan air.
“Cabaran-cabaran yang kita lalui khususnnya di kawasan tanah tinggi, apabila kita melalui Lebuhraya Timur Barat, jalan kita sekarang ini terdedah kepada ancaman penanaman haram.
“Yang mana terdapat ladang-ladang penanaman yang telah memasuki kawasan rizab jalan di mana aliran air yang tidak terkawal sehingga menyebabkan berlakunya takungan air.
“Dan apabila berlaku takungan air ini tercetus, ia menyebabkan tebing jalan atau cerun menjadi lembut dan ini boleh mendedahkan risiko berlakunya runtuhan tanah serta jalan terputus,” jelas Fadillah dalam sidang media Program FTRoadpedia Zon Timur 3.0 di ibu pejabat Jabatan Kerja Raya Ipoh, di sini, pada Sabtu.
Melihat kepada risiko tersebut, Fadillah berkata, sebanyak RM220 juta sudah diperuntukkan untuk tahun ini bagi kerja-kerja penyenggaraan cerun termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Kalau kita melihat kepada penyenggaraan jalan yang telah diperuntukkan pada 2022 sahaja, sejumlah RM1.08 bilion ringgit dibelanjakan.
“Bagi kerja-kerja rutin, pavemen dan bukan pavemen, sejumlah RM1.04 bilion telah diperuntukkan, manakala untuk struktur jambatan, lampu isyarat dan lampu jalan pula sejumlah RM45 juta.
“Manakala untuk cerun di semenanjung ialah RM160 juta. Sarawak dan Sabah RM40 juta dan kita mendapat peruntukan tambahan untuk tahun ini jadi keseluruhan RM220 juta untuk cerun sahaja.
“Walaupun ia tidak mencukupi, tapi kita akan laksanakan berdasarkan apa sahaja peruntukan yang kita dapat," tambah Fadillah.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan penguatkuasaan bersepadu merentasi kementerian, agensi Persekutuan dan negeri serta kerajaan negeri perlu dilaksanakan bagi memerangi aktiviti pertanian haram, terutama di kawasan tanah tinggi.
Ini kerana, tambah Fadillah, aktiviti pertanian haram di kawasan tanah tinggi dikenal pasti sebagai punca yang menyebabkan pelbagai bahaya, termasuk peningkatan risiko kejadian tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur berhampiran kawasan berkenaan.
“Kita mengharapkan akan ada koordinasi di mana perancangan bersepadu dapat dilaksanakan dan pada masa sama, tindakan bersepadu dalam pemantauan dan penguatkuasaan.
“Penyalahgunaan tanah misalnya yang mendedahkan bahaya sebab kalau kita tinjau laluan kita, daripada Lebuhraya Timur Barat, di lojing kita lihat begitu aktif sekali dengan aktiviti tanaman secara orang kata mungkin tidak mematuhi segala garis panduan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Fadillah melakukan tinjauan bagi melihat kerja pembaikan cerun di FT185 Seksyen 27.0, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sebagai sebahagian daripada lokasi program turun padang.
Ia sebagai sebahagian daripada lokasi tinjauan di bawah Program Jelajah FTRoadpedia Zon Timur 3.0 yang menelusuri tiga buah negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perak yang berlangsung sehingga Sabtu.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman; Ketua Pengarah Kerja Raya JKR, Datuk Seri Mohamad Zulkefly Sulaiman dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid serta Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Mohd Shuhaimi Hassan.
Faris Danial Razi
Sat Aug 13 2022

Sejumlah 1,045 cerun yang dikategorikan sebagai amat berbahaya telah dikesan di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia setakat ini. - Gambar ihsan Kementerian Kerja Raya

Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.
Suami isteri nyaris maut, kenderaan dihempap balak
Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila pacuan empat roda yang dinaiki dihempap kayu balak yang jatuh dari lori yang sedang bergerak di Jalan Merotai - Kalabakan.
MPOGCF sumbang RM49,350 sokong pemuliharaan Beruang Matahari Borneo
MPOGCF memaklumkan sumbangan RM49,350 bertujuan menyokong usaha-usaha yang dilakukan BSBCC dalam memulihara beruang matahari Borneo yang semakin diancam risiko kepupusan.
Riverside Majestic saji juadah berbuka puasa selera Melayu
Hidangan tradisi negeri-negeri di Malaysia dan hidangan ala kampung nelayan menjadi tema juadah yang akan dipromosi sempena sambutan ramadan di rangkaian hotel ternama di Sarawak tahun ini.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.
Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Parlimen UK
Speaker Parliamen UK, Sir Lindsay Hoyle memaklumkan tujuan pertemuan adalah bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan legislatif dan persahabatan yang telah terjalin antara Malaysia dan UK.
Pengurangan aktiviti pembalakan bantu kurangkan kesan pemanasan global
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Saleh menjelaskan tindakan pantas kerajaan menghentikan aktiviti pembalakan sejak beberapa tahun lalu, telah membantu mengurangkan kesan pemanasan global.
Hajiji ingatkan penjawat awam tidak terlibat rasuah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan setiap penjawat awam mengenai tanggungjawab yang perlu digalas dengan penuh dedikasi, bukan hanya untuk kepentingan diri dan keluarga tetapi juga untuk kecemerlangan organisasi, negeri, dan rakyat.
Empangan Hidroelektrik Ulu Padas dijangka siap 2029
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan projek mega ini dijangka siap pada tahun 2029 dan akan menjadi sumber utama bekalan air mentah terutama di beberapa daerah utama negeri ini.

1,045 cerun dikesan di Semenanjung, aktiviti tanaman haram dipantau KKR - Menteri
Antara kawasan cerun yang dikenal pasti ialah jalan yang berada di kawasan tanah tinggi.