PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan sampingan dos penggalak kedua vaksin COVID-19.
Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin, setakat 20 Jun seramai 107,844 orang telah menerima dos penggalak kedua itu di seluruh negara.
"Untuk dos penggalak kedua setakat ini secara keseluruhan 107,844 orang di Malaysia telah menerima dos penggalak kedua, daripada jumlah itu 57,834 orang adalah mereka berusia 60 tahun ke atas.
"Dikategorikan warga emas setakat semalam, kita akan terus menggalakkan warga emas terutamanya dan mereka yang mempunyai penyakit kronik mendapatkan dos penggalak kedua.
"Setakat ini kita tidak dapat laporan kesan sampingan dos penggalak kedua, dan ia amat digalakkan terutama mereka berusia 60 tahun ke atas yang mempunyai penyakit kronik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya pada Selasa.
Mengulas lanjut jelas Khairy, meskipun kes COVID-19 di seluruh negara terkawal ketika ini, namun peringatan akan terus diberikan KKM agar masyarakat sentiasa bersedia menghadapi gelombang baharu.
"Walaupun kes COVID-19 terkawal tapi sepertimana saya maklumkan berkali-kali, kes ini akan pasang surut.
"Mungkin dalam dua tiga bulan lagi, kita akan mengalami gelombang baharu sejauh mana gelombang itu, kita tidak pasti," katanya lagi.
Fareez Azman
Tue Jun 21 2022
![107,844 terima dos penggalak kedua, tiada laporan kesan sampingan diterima - Khairy 107,844 terima dos penggalak kedua, tiada laporan kesan sampingan diterima - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655790392_KhairyJamaluddin.jpg)
Khairy mengingatkan agar masyarakat sentiasa bersedia menghadapi gelombang baharu COVID-19. - Foto BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675500224_LingTianSoon.jpg)
Hanya 1.9 peratus populasi Johor dapatkan suntikan dos penggalak kedua
Peratusan individu di Johor yang mendapatkan suntikan dos penggalak kedua dilihat masih rendah iaitu 1.9 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat di negeri ini.
![Indonesia mula beri dos penggalak kedua vaksin COVID-19 Indonesia mula beri dos penggalak kedua vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652936420_Vaccine.jpg)
Indonesia mula beri dos penggalak kedua vaksin COVID-19
Indonesia pada Jumaat mula memberikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan.
![Warga emas, golongan berpenyakit kronik disaran ambil dos penggalak kedua - Khairy Warga emas, golongan berpenyakit kronik disaran ambil dos penggalak kedua - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652936420_Vaccine.jpg)
Warga emas, golongan berpenyakit kronik disaran ambil dos penggalak kedua - Khairy
Dijangka berlaku pasang surut kes COVID-19 dan kemungkinan negara ini dilanda gelombang baharu dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.
![107,844 terima dos penggalak kedua, tiada laporan kesan sampingan diterima - Khairy 107,844 terima dos penggalak kedua, tiada laporan kesan sampingan diterima - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41655790392_KhairyJamaluddin.jpg)
107,844 terima dos penggalak kedua, tiada laporan kesan sampingan diterima - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesan sampingan dos penggalak kedua.
![Sangat rendah! Hanya dua individu terima dos penggalak kedua di Sabah sejak dilancar 22 April lalu Sangat rendah! Hanya dua individu terima dos penggalak kedua di Sabah sejak dilancar 22 April lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644843284_TBROSEVAKSIN.jpg)
Sangat rendah! Hanya dua individu terima dos penggalak kedua di Sabah sejak dilancar 22 April lalu
Data JKNS memaklumkan hanya dua individu sudah menerima dos penggalak kedua di seluruh Sabah sejak dimulakan 22 April lalu.
![Dos penggalak kedua: Warga emas terima pautan tempahan MySejahtera mulai hari ini Dos penggalak kedua: Warga emas terima pautan tempahan MySejahtera mulai hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648297157_MenteriKesihatanK.jpg)
Dos penggalak kedua: Warga emas terima pautan tempahan MySejahtera mulai hari ini
Individu berumur 60 tahun dan ke atas yang memenuhi kriteria bagi dos penggalak kedua akan menerima pautan tempahan secara berperingkat bermula hari ini dalam aplikasi MySejahtera.
![Sarawak mula beri dos penggalak kedua Jumaat ini - Uggah Sarawak mula beri dos penggalak kedua Jumaat ini - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650446870_WargaEmasVaksin.jpg)
Sarawak mula beri dos penggalak kedua Jumaat ini - Uggah
Sarawak akan memulakan pemberian dos penggalak kedua kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang mempunyai komorbiditi bermula 22 April ini.
![Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648217144_PusatVaksinasiDewa.jpg)
Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth
Individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksinasi COVID-19.
![COVID-19: Israel mulakan dos keempat buat warga emas COVID-19: Israel mulakan dos keempat buat warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641167698_TBISRAEL.jpg)
COVID-19: Israel mulakan dos keempat buat warga emas
Israel minggu lalu meluluskan dos penggalak untuk populasi terhad warganya yang mempunyai penyakit kronik.