LUMUT:Seorang penternak ayam mengalami kerugian apabila 11,000 ekor anak ayamnya rentung dalam kebakaran di sebuah reban di Pekan Gurney, Sitiawan di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.35 pagi, sebelum 34 anggota bersama dua jentera dan sebuah van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, sebahagian reban tersebut telahpun hangus terbakar dan reban itu dibina sepenuhnya dengan kayu, menyebabkan api lebih senang marak dan merebak.
"Bagaimanapun, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran tersebut dan hanya 50 peratus daripada reban tersebut berjaya diselamatkan. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pukul 9.45 pagi tadi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Zaki berkata, punca kejadian dan kerugian sebenar masih lagi disiasat. - BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020
![11,000 anak ayam rentung di Sitiawan 11,000 anak ayam rentung di Sitiawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61595474115_TBTerbakar.jpg)
Sebahagian daripada reban ayam yang dibina sepenuhnya dengan kayu hangus terbakar menyebabkan api lebih senang marak dan merebak. - Gambar hiasan
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
Malaysia-Turkiye sasar lonjakan perdagangan melebihi AS$5 hingga AS$10 bilion – PM Anwar
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mencadangkan penambahan nilai perdagangan dan pelaburan melebihi AS$5 ke AS$10 bilion.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
AWANI Ringkas: Pemulihan aset 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739256133_SPRM.jpg)
SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.
![Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739252440_pemilikmanchesteru.jpg)
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
![Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739255332_memukulanak.jpg)
Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan
Perintah reman bermula hari ini terhadap wanita berumur 37 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.
![Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738460992_HerryImanPierngadi.jpg)
Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.
![Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739253287_Thaipusam.jpg)
Sambutan Thaipusam: Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan nasihat minum air secukupnya
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.
![11,000 anak ayam rentung di Sitiawan 11,000 anak ayam rentung di Sitiawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61595474115_TBTerbakar.jpg)
11,000 anak ayam rentung di Sitiawan
Seorang penternak ayam mengalami kerugian apabila 11,000 ekor anak ayamnya rentung dalam kebakaran di sebuah reban di Pekan Gurney, Sitiawan.