MELAKA: Sebanyak 11,000 jawatan kosong ditawarkan menerusi Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 Melaka Careertrans anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada Sabtu dan Ahad ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.
Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ngwe Hee Sem berkata karnival itu melibatkan 37 majikan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor perkhidmatan, pembuatan dan perkilangan serta menyasarkan kehadiran 7,000 pengunjung.
"Karnival ini merupakan acara tahunan anjuran bersama kerajaan negeri serta Perkeso sejak 2020 dan pada kali ini turut melibatkan penyertaan platform digital yang menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata sejajar dengan pembukaan semula semua sektor pada fasa peralihan ke endemik, karnival itu juga menyediakan peluang kerjaya kepada semua lapisan pencari kerja termasuk graduan institusi pengajian tinggi, lulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Menurutnya karnival juga dilihat dapat memenuhi keperluan penempatan pekerjaan seterusnya mengatasi isu pengangguran di negara ini khususnya Melaka.
Ngwe berkata mereka yang bekerja sendiri juga boleh berkunjung karnival itu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso.
"Mereka boleh mendapatkan khidmat nasihat keusahawanan dan buruh daripada agensi-agensi selain mengambil peluang mendapatkan pekerjaan," katanya dengan menambah orang ramai yang berminat mengunjungi karnival itu boleh mendaftar di https://www.myfuturejobs.gov.my/careerfair/.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022

Ngwe Hee Sem (kanan) berkata karnival itu melibatkan 37 majikan termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor perkhidmatan, pembuatan dan perkilangan serta menyasarkan kehadiran 7,000 pengunjung. - Facebook Ngwe Hee Sem

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

KWSP disenarai majikan agensi kerajaan terbaik
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disenarai antara 50 Majikan Pilihan Utama di Malaysia dalam satu kajian di Karnival Kerjaya dan Lepasan Ijazah Graduan Aspire 2012.