RAMALLAH: Kira-kira 11,000 penduduk Palestin telah ditahan di penjara Israel sepanjang tahun 2023 dengan separuh daripadanya ditangkap selepas 7 Okt.
"Jumlah itu hampir menyamai angka tangkapan yang dilakukan antara tahun 2001-2002 semasa gelombang Intifada Al-Aqsa Kedua dan tidak termasuk tahanan Gaza selepas 7 Okt," kata Suruhanjaya bagi Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan Palestin dalam kenyataan bersama tiga lagi organisasi berkaitan tahanan Palestin.
Organisasi berkenaan ialah Kelab Tahanan Palestin, Yayasan Penjagaan Tahanan dan Hak Asasi Manusia Palestin "Addameer" dan Pusat Maklumat Wadi Hilweh-Baitulmaqdis.
Kenyataan berbahasa Arab itu menjelaskan jumlah tangkapan dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun 2023 selepas 7 Okt lalu melebihi 5,500, termasuk 355 kanak-kanak, 184 wanita dan 50 wartawan warga Palestin.
"Ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan dalam bilangan mereka yang ditangkap malah merupakan bukti terhadap tahap kekejaman tentera penjajah Israel," menurut kenyataan itu seperti dipetik Agensi Berita dan Maklumat Palestin WAFA.
Menurut kenyataan itu lagi, sejak 7 Okt tentera Zionis Israel mula menggiatkan kempen besar-besaran untuk menahan orang awam Palestin di pusat-pusat perlindungan, sekolah, rumah malah di 'koridor kemanusiaan selamat' di Gaza.
Namun sehingga kini nasib dan bilangan sebenar mereka masih belum dapat dipastikan. Peguam dan wakil Palang Merah turut dihalang daripada melawat mereka.
Kenyataan itu turut menyelar tindakan itu yang dianggap sebagai jenayah 'Enforced Disappearance' dalam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
-- Bernama
Bernama
Sat Jan 06 2024
Jumlah tangkapan dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun 2023 selepas 7 Okt lalu melebihi 5,500. - Gambar fail/ Reuters
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
4,500 kes amputasi dilaporkan di Gaza - Pegawai kesihatan
Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza telah merekodkan 4,500 kes amputasi sejak bermulanya serangan genosid Israel ke atas wilayah itu, kata seorang pegawai kanan kementerian pada Jumaat.
10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.
UNIFIL kecam tindakan Israel musnahkan menara pemerhati Lubnan
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam tindakan tentera Israel memusnahkan menara pemerhati tentera Lubnan.
Ketua Polis Gaza, timbalan terbunuh dalam serangan Israel di Khan Younis
Ketua Polis Gaza dan timbalannya terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar selatan Khan Younis pada Khamis, menurut Kementerian Dalam Negeri.
Hospital di Gaza rayu bantuan, tidak lagi mampu rawat pesakit
Sebuah hospital di utara Semenanjung Gaza merayu bantuan segera daripada komuniti antarabangsa untuk bekalan ubat-ubatan dan makanan kerana tidak lagi mampu merawat pesakit.
Rakyat Maghribi bantah keganasan Israel di Gaza
Rakyat Maghribi mengadakan protes pada Sabtu bagi membantah kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23
Tentera Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan sebanyak enam kali pada hari ke-23, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) pada Khamis.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Trump mahu gencatan senjata Gaza dilaksana sebelum mulakan tugas - PM Qatar
Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thanipada Rabu menyatakan bahawa Trump mahu gencatan senjata di Gaza dilaksanakan sebelum majlis pelantikannya.