Kesemua mereka terdiri daripada ahli keluarga dan rakan yang melakukan aktiviti mendaki dan mandi-manda, gagal menyeberangi sungai di situ disebabkan terlalu deras.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.15 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim digegaskan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira 11 kilometer.
Beliau berkata kesemua mangsa melibatkan tiga individu dewasa, empat remaja berusia 14 hingga 16 tahun serta empat kanak-kanak berumur 10 tahun.
"Mangsa memaklumkan ketika hendak balik dari lokasi mandi, mangsa tidak dapat menyeberangi sungai disebabkan terlalu deras.
"Anggota bomba kemudian mengiringi mangsa untuk menyeberangi sungai dan kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sabarodzi berkata operasi tamat sepenuhnya pada 7.37 malam.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)