SHAH ALAM: Seramai 11 lelaki masing-masing ditahan dalam operasi polis di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban (Plus) dan Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) kerana menunggang motosikal dengan melakukan aksi bahaya, pada Sabtu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi bermula pada jam 11 malam itu dilakukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman di tiga lokasi berasingan sekitar lebuh raya berkenaan.
"Pada jam 2.20 pagi pasukan tangkapan membuat pemantauan di Lebuh Raya Plus arah Seremban dan mengekori sekumpulan penunggang motosikal yang menunggang sambil melakukan aksi 'superman', 'zig-zag' serta bersaing sesama sendiri.
"Lebih kurang jam 2.30 pagi, lima suspek berkenaan kemudian memberhentikan motosikal di kawasan parkir hadapan kedai dobi layan diri di Jalan Rasah Prima 3, Seremban dan mereka ditahan," kata Mohd Nadzri dalam kenyataan, pada Sabtu.
Menurutnya, kelima-lima suspek turut merancang pergi makan di sebuah kedai berhampiran sebelum ditahan kerana melakukan lagak ala samseng jalanan di lokasi tersebut.
Mohd Nadzri berkata, dalam operasi sama, pasukan tangkapan menahan dua lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya di Lebuh Raya Plus arah Kuala Lumpur dipercayai dalam perjalanan pulang ke Rawang selepas menjamu selera di Port Dickson.
Sementara itu, sekitar jam 1.50 pagi, pihak polis mengesan dan menahan empat 'mat rempit' berusia dalam lingkungan 17 hingga 20 tahun di Lebuh Raya Lekas arah Seremban.
"Pasukan tangkapan yang membuat pemantauan di Plaza Tol Ampangan mengesan dan mengekori sekumpulan motosikal (penunggang) yang melakukan aksi 'superman' dan bersaing.
"Hasil siasatan mendapati mereka bercadang keluar melepak dan meronda di sekitar Bandar Seremban kemudian merancang merempit di Lebuh Raya Lekas di Plaza Tol Ampangan hingga Taman Margosa," kata beliau dalam kenyataan sama.
Tambah Mohd Nadzri, polis kemudian mengeluarkan 36 saman terhadap kesemua penunggang yang berusia dalam lingkungan dari 17 hingga 22 tahun itu atas pelbagai kesalahan.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 14 2022

Antara suspek yang ditahan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman dalam operasi di Lebuh Raya Plus dan Lebuh Raya Lekas, awal pagi Sabtu. -Foto Sinar Harian

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

11 lelaki ditahan dalam operasi polis di lebuh raya
Kelima-lima suspek turut merancang pergi makan di sebuah kedai berhampiran sebelum ditahan kerana melakukan lagak ala samseng jalanan di lokasi tersebut.