PETALING JAYA: Seramai 11 pekerja penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal (p-hailing) di Selangor, terlibat dalam kemalangan maut pada lapan bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Nazli Md Taib.
Beliau berkata dalam tempoh yang sama juga sebanyak 12 kes melibatkan kecederaan parah dan 65 kes cedera ringan turut dicatatkan, melibatkan pekerja sektor berkenaan.
Menurutnya, statistik yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia bagi tempoh Januari hingga Ogos sebanyak 321 kes kemalangan dicatatkan melibatkan penunggang p-hailing di seluruh negara di mana 36 kes melibatkan kemalangan maut.
"Angka kemalangan ini amat membimbangkan, ditambah dengan aduan-aduan yang JPJ terima daripada orang awam melibatkan penunggang p-hailing ini, JPJ telah melancarkan operasi penguatkuasaan Operasi Merah (Op Merah) terhadap penunggang p-hailing di seluruh negara bermula Jumaat lepas hingga 7 Nov ini.
"Op Merah ini bertujuan mengesan penunggang p-hailing ini yang melakukan kesalahan, antaranya gagal mematuhi isyarat lampu merah, memandu melawan arus dan kesalahan berkaitan topi keledar dan kesalahan-kesalahan trafik yang lain, selain melaksanakan program advokasi terhadap penunggang p-hailing ini," katanya kepada pemberita yang memantau Op Merah di sini, hari ini.
Nazli berkata seramai 51 anggota JPJ dan Polis Diraja Malaysia terlibat dalam operasi berkenaan.
Beliau berkata sejak operasi berkenaan bermula pada Jumaat lepas, sebanyak 321 saman telah dikeluarkan JPJ Selangor, melibatkan pelbagai kesalahan dengan kesalahan tertinggi melibatkan tidak mematuhi lampu isyarat dan tiada lesen memandu yang sah.
"Antaranya kesalahan tiada lesen memandu yang tinggi menimbulkan sedikit keraguan, bagaimana proses pengambilan kerja dilakukan oleh syarikat p-hailing berkenaan.
"JPJ akan siasat perkara ini dengan lebih lanjut dan menghantar surat tunjuk sebab kepada syarikat p-hailing berkaitan perkara ini, bagaimana mereka boleh membenarkan pekerja p-hailing yang tidak mempunyai lesen yang sah melakukan penghantaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021

Pengarah JPJ Selangor Nazli Md Taib ketika sidang media pada Operasi Khas Penguatkuasaan (Ops Merah) terhadap penunggang motosikal yang menjalankan Perkhidmatan P-Hailing di Lorong Motosikal Seri Setia hari ini. - Foto BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

11 pekerja perkhidmatan p-hailing Selangor terlibat kemalangan maut - JPJ
Seramai 11 pekerja penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal (p-hailing) di Selangor, terlibat dalam kemalangan maut pada lapan bulan pertama tahun ini.