KUALA TERENGGANU: Kempen kesedaran pengurusan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) di sekitar Kampung Nelayan, Pulau Perhentian yang pertama kali dilaksanakan berjaya mengumpul 112 kilogram (kg) sisa berkenaan.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Ramli Abd Rahman berkata, program dilaksanakan bermula 3 hingga 5 Jun itu mengumpul sisa e-waste seperti peti ais, telefon pintar dan kipas lama hasil sumbangan penduduk setempat.
"Kempen Jom Lupus E-Waste melibatkan semua lapisan masyarakat merangkumi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, penduduk tempatan dan para pelancong bagi memupuk dan membudayakan budaya pemeliharaan alam sekitar dengan membuang sisa pepejal ini di tempat yang betul supaya tidak menyumbang kepada ledakan pencemaran sisa e-waste kepada alam sekitar.
"Pelaksanaan program kesedaran dan pengumpulan sisa elektrik dan elektronik ini telah melalui aktiviti-aktiviti seperti mendekati penduduk sekitar dan memberikan brosur berkaitan dan sesi penerangan mengenai e-waste secara ringkas dan padat," katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.
Menurut Ramli, program Jom Lupus E-Waste ini juga dianjurkan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 tahun ini bertemakan 'Hentikan Pencemaran Plastik (Beat Plastic Pollution)'.
Jelas beliau, kempen itu dijayakan Rakan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Student Chapter dengan kerjasama JAS Terengganu, SK Pulau Perhentian, KT Wan Recyle Sdn.Bhd, Secret Recipe Sdn.Bhd dan Penghulu Pulau Perhentian.
"Hasil pungutan sisa e-waste daripada penduduk tempatan dan pelancong ini dibawa dari pulau ke tanah besar menggunakan bot dan diberi kepada Syarikat KT WAN Recycle Sdn. Bhd yang merupakan syarikat pengurusan sisa e-waste berlesen di Terengganu.
"Selain itu, seramai 70 murid SK Pulau Perhentian turut menyertai pengisian aktiviti menarik antaranya ceramah ilmiah berkaitan e-waste dan sambutan diterima amat menggalakkan,"katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 09 2023

Sebahagian peserta yang terlibat dalam Kempen Jom Lupus E-Waste di Pulau Perhentian pada 3 hingga 5 Jun lalu. - Foto Sinar Harian

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

112kg e-waste dikumpul di Pulau Perhentian
Program dilaksanakan bermula 3 hingga 5 Jun itu mengumpul sisa e-waste seperti peti ais, telefon pintar dan kipas lama.

Astro lancar 'E-Waste Recyling Program', tingkat kesedaran pengurusan berkesan bahan buangan elektronik
Menariknya, setiap satu tan bahan terbuang elektrik dan elektronik ini, Astro akan menyumbangkan sebuah laptop kepada pelajar memerlukan.