JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memberi bantuan one-off sebanyak RM30,000 epada 116 pusat tahfiz dan 16 sekolah pondok yang berdaftar di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, bantuan tersebut membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM 3.96 juta.
Menurut beliau, dalam tempoh pandemik COVID-19, MAINJ tidak pernah melupakan peranan dan tanggungjawab yang disumbangkan oleh pusat tahfiz dan sekolah pondok yang berdaftar di negeri ini.
“Bantuan ini bagi membantu dan memastikan semua pusat dan pondok tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) terus beroperasi bagi membangunkan syiar dan pendidikan Islam.
“MAINJ telah memperuntukan bantuan one-off RM 30 ribu kepada 132 institusi melibatkan 116 madrasah dan 16 pondok tahfiz yang berdaftar dengan (JAINJ).
“Dengan bantuan ini, tidak timbul masalah atau isu pusat tahfiz yang gulung tikar di negeri ini.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Menurut Tosrin,berdasarkan statistik JAINJ, daerah Muar mempunyai pusat tahfiz yang paling banyak di negeri ini iaitu sebanyak 26 buah institusi diikuti 24 (Batu Pahat), 19 (Johor Bahru), 12 (Kluang) dan 11 (Tangkak serta Segamat).
“Manakala Pontian pula ada 10 pusat tahfiz, lapan di Kota Tinggi, tujuh di Kulai dan empat di Mersing.
“Jika masih ada pusat tahfiz atau pondok tahfiz yang belum berdaftar dengan JAINJ dinasihatkan supaya membuat pendaftaran agar bantuan dapat diberikan,” kata beliau lagi
Nurul Izzatull Hani Seman
Wed Sep 01 2021

Sepanjang pandemik COVID-19, MAINJ tidak pernah melupakan peranan dan tanggungjawab yang disumbangkan oleh pusat tahfiz dan sekolah pondok yang berdaftar di negeri ini, kata Tosrin Jarvanthi. - Gambar fail BERNAMA
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

116 pusat tahfiz, 16 sekolah pondok di Johor terima bantuan RM30,000
Bantuan one-off itu membabitkan peruntukan keseluruhan bernilai RM3.96 juta.