KOTA KINABALU: Dua belas wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dari Sabah menarik balik saman pemula (OS) bagi mendapatkan satu perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan memperakui dan memberikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perlembagaan.
Dalam satu kenyataan hari ini, mereka berkata melihat ada kemajuan berhubung perkara berkenaan, khususnya menerusi penubuhan jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyaksikan dua daripada tiga deklarasi yang dituntut mereka telahpun dipersetujui, dan akan dilaksanakan nanti.
"Kami juga gembira apabila mendapat tahu bahawa jumlah hasil bersih yang dikutip atau diperolehi dari Sabah setiap tahun kini akan dimaklumkan kepada wakil kerajaan negeri Sabah, dengan menjadi ahli Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) apabila pindaan Akta LHDN 1995 dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.
"Kami juga dimaklumkan bahawa semakan tahun lepas akan digantikan dengan semakan baharu, yang akan siap tidak lama lagi, dan semakan baharu ini akan meningkatkan jumlah geran khas yang akan diberikan kepada Sabah.
"Apa yang sama pentingnya ialah semakan baharu ini akan dinyatakan dengan jelas sebagai "penyelesaian interim" dan oleh itu ia tidak menjejaskan hak Sabah untuk menuntut pemberian khasnya berdasarkan formula 40 peratus bagi tahun-tahun terjejas," menurut kenyataan itu.
Berhubung tuntutan bahawa Sabah patut menerima geran khas itu mulai 1974 berdasarkan formula 40 peratus, perkara itu masih menjadi sebahagian daripada agenda dalam Jawatankuasa Teknikal dan perlu dimuktamadkan dalam tempoh 12 bulan mulai 18 Julai lepas.
Memandangkan ada beberapa plaintif yang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan dan negeri, mereka juga sedar bahawa adalah tidak wajar bagi mereka untuk meneruskan tindakan undang-undang ini.
"Dengan mengambil kira kemajuan yang telah dicapai dan perkara-perkara baik yang boleh dilakukan melalui Jawatankuasa Teknikal, kami berpendapat bahawa pilihan ini harus disokong sebagai cara untuk mencapai objektif yang kami tetapkan semasa kami memfailkan OS tahun lepas.
"Kami bersetuju untuk menarik balik OS kami, tetapi kami bebas untuk memfailkan semula. Jika isu selebihnya belum diselesaikan dan tidak dapat dipersetujui, kami berhak untuk membawa kes ini kembali ke mahkamah untuk meneruskan sebarang hak perlembagaan yang belum diselesaikan, kerana diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia (MA63)," menurutnya.
OS itu difailkan pada 3 Jun tahun lepas terhadap kerajaan Persekutuan, dan negeri memohon perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan mengiktiraf dan memberikan hak-hak Sabah seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan, serta hak perlembagaan yang memperuntukkan hak istimewa bagi Sabah untuk menerima geran khas berjumlah dua perlima (formula 40 peratus) daripada hasil bersih Persekutuan yang diperolehi daripada Sabah.
Dua belas wakil rakyat berkenaan terdiri daripada Datuk Ewon Benedick (Ahli Parlimen Penampang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian), Datuk Wilfred Madius Tangau (Ahli Parlimen Tuaran), Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu), Vivian Wong (Ahli Parlimen Sandakan), Senator Noorita Sual.
Datuk Frankie Poon (ADUN Tanjung Papat), Datuk Christina Liew (ADUN Api-Api), Phoong Jin Zhe (ADUN Luyang), Jannie Lasimbang (ADUN Kapayan), Peto Galim (ADUN Inanam), Tan Lee Fatt (ADUN Likas) dan Awang Hussaini Sahari (bekas Ahli Parlimen Putatan).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Mereka berkata melihat ada kemajuan berhubung perkara berkenaan, khususnya menerusi penubuhan jawatankuasa teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dipengerusikan oleh Perdana Menteri. - Gambar hiasan

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

12 ADUN, Ahli Parlimen PH Sabah tarik balik saman pemula terhadap kerajaan
Dua belas wakil rakyat PH Sabah menarik balik saman pemula bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kerajaan Persekutuan memperakui dan memberikan hak-hak Sabah yang termaktub dalam perlembagaan.

Formula baharu Kabinet Sabah perhebat usaha bangunkan negeri - Shahelmey
Gandingan ADUN GRS, BN dan PH dalam jemaah menteri itu juga diharap dapat bekerja dengan lebih berkesan.

Pelantikan Exco: Dua ADUN PH janji buat terbaik untuk rakyat Pahang
Portfolio semua 10 anggota Exco itu akan diumumkan dalam masa terdekat kerana ia perlu diperhalusi sebelum dimuktamadkan.