KUALA LUMPUR: Seramai 12 lelaki disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian diberkas secara berasingan di dua premis di sekitar di Lembah Klang, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menahan enam lelaki tempatan dan enam lelaki warga asing berusia 19 tahun hingga 37 tahun.
"Turut dirampas empat buah komputer, lima komputer riba pelbagai jenama, 19 telefon bimbit, sebuah iPad, tiga keping pasport, dua modem router dan satu kad akses berserta kunci rumah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Amihizam berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati adanya unsur mempromosikan perjudian dalam talian dengan menggunakan laman sesawang.
"Kesemua suspek berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan, sindiket itu menyasarkan mangsa dari Bangladesh," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan / 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Kesemua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut, sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau balai polis berhampiran," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023

12 ahli sindiket judi dalam talian diberkas di dua premis sekitar Lembah Klang pada Jumaat. - Foto PDRM

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta
Polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.

Polis tumpas sindiket edar dadah bernilai lebih RM10 juta
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan 10 lelaki serta merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM10.4 juta di sekitar Klang dan Sungai Buloh.

12 ahli sindiket judi dalam talian diberkas
Kesemua suspek berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan, sindiket itu menyasarkan mangsa dari Bangladesh.