Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Parit dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan 12 buah motosikal iaitu Yamaha LC (4) , Yamaha Y15 (1), Honda Wave 110 (1), SRV (1), Modenas Kriss (1), Honda Wave 110 (1), Honda EX5 (2) dan Yamaha 135 LC (1).
"Kejadian tersebut tidak melibatkan struktur dan tiada mangsa mengalami kecederaan, punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Beliau menambah, anggota bomba kemudiannya melaksanakan 'size up' dan membuat pemeriksaan serta pemantauan di lokasi kebakaran sehingga benar-benar pasti tiada punca kebakaran berulang.
Operasi membabitkan seramai enam orang anggota itu tamat jam 4.52 pagi.