JOHOR BAHRU: Seramai 12 individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di Tampoi di sini pada 27 Mei lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 17 hingga 35 tahun.
"Sehingga hari ini kita telah tahan 12 orang yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut.
"Setakat ini juga hanya seorang yang masih menerima rawatan di hospital kerana mengalami beberapa kecederaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes pergaduhan di Tampoi baru-baru ini.
Kamarul Zaman berkata pihaknya masih menyiasat punca pergaduhan dan tindakan tegas akan diambil terhadap dalangnya, selain menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 365 dan Seksyen 385 kanun sama.
Sebelum ini tular video berdurasi 28 saat di media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu tersebut.
Sementara itu, mengenai perkembangan kes penganjuran poster parti seks bebas yang tular di Twitter baru-baru ini, beliau berkata pihaknya memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur yang sedang dikenal pasti itu.
Beliau turut menyeru masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhubung dakwaan penganjur akan tetap mengadakan parti itu pada tarikh baharu di lokasi yang dirahsiakan.
"Bagi maklumat pada polis dan kita akan siasat, kita mengalu-alukan orang ramai untuk turut membantu," katanya.
Kamarul Zaman sebelum ini memberi amaran keras kepada penganjur supaya membatalkan acara tersebut dan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 (e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
--BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

Kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 17 hingga 35 tahun. -Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

12 ditahan setakat ini bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 17 hingga 35 tahun.