KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 masjid di Wilayah Persekutuan telah dipilih sebagai pusat aduan dan khidmat kaunseling kepada mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan khidmat nasihat, sokongan psikologi serta kaunseling.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata selain itu, dua masjid iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Al-Ghufran di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pula dipilih sebagai Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga bagi membolehkan mangsa mendapatkan perlindungan.
"Kementerian bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mewujudkan Pusat Transit Keganasan Rumah Tangga di masjid-masjid di Wilayah Persekutuan. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat komuniti setempat yang menyediakan pelbagai kemudahan meliputi keperluan psikososial dan spiritual," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Tahun 2023 (EVAW)), di sini pada Sabtu.
Nancy berkata inisiatif berkenaan telah dilaksanakan sejak 2021 di bawah pelan pengimarahan masjid di bawah JAWI.
Nancy berkata isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan sering menjadi fokus utama kerana ia melangkaui batas sempadan, agama, bangsa dan budaya.
Katanya berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir satu daripada tiga wanita di seluruh dunia mengalami keganasan fizikal atau keganasan seksual sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
"Tragedi ini telah merebak kepada situasi dan keadaan yang berbeza, termasuk di tempat awam, tempat kerja dan dalam talian serta telah diburukkan lagi oleh kesan pasca-pandemik COVID-19. Terdapat lima bentuk keganasan yang dikenal pasti boleh berlaku kepada wanita, iaitu penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan sosial, penderaan kewangan serta penderaan psikologi dan emosi.
Masyarakat lebih mengetahui mengenai penderaan fizikal dan seksual. Namun begitu, ramai yang kurang sedar mengenai jenis bentuk keganasan lain yang boleh berlaku terhadap wanita. Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita adalah bentuk penderaan psikologi dan emosi," katanya.
Nancy berkata berdasarkan statistik polis, kes keganasan terhadap wanita yang melibatkan keganasan rumah tangga, jenayah rogol dan gangguan seksual di seluruh negara merekodkan sebanyak 9,334 kes pada 2021 dan 8,580 kes pada 2022 dan bagi tahun ini, sehingga Ogos, sebanyak 5,050 kes telah direkodkan.
Nancy berkata bagi menangani isu keganasan terhadap wanita, kementerian telah melaksanakan Program Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS) bertujuan memberikan kesedaran dan pendidikan mengenai gangguan seksual agar budaya penormalan gangguan seksual dapat dihapuskan dan sehingga Isnin lepas (20 Nov) sebanyak 66 program AAGS membabitkan 19,423 peserta telah dilaksanakan.
Sementara itu, berhubung isu warga emas yang disyaki melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir, beliau berkata mangsa yang terlibat telah diberikan kaunseling manakala lelaki berkenaan sudah ditahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
![12 masjid wilayah persekutuan dipilih sebagai pusat aduan, kaunseling mangsa keganasan rumah tangga 12 masjid wilayah persekutuan dipilih sebagai pusat aduan, kaunseling mangsa keganasan rumah tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700949079_TBNancyShukri.jpg)
Nancy berucap ketika merasmikan sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Program Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hilir. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719659054_TiongKingSing.jpg)
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
![Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736157357_SurauAlAmin.jpg)
Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian
Langkah itu bertujuan mengelak insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran sekali gus mengancam keselamatan jemaah.
![Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708827701_TBsolatsubuh.jpg)
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
![Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728460063_masjid.jpg)
Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis
Masjid As-Solihin di Kampung Bawah Bukit, Chuping dekat sini masih selamat untuk digunakan orang ramai setakat ini meskipun berlaku mendapan tanah.
![Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721129290_MuscatOmanbom.jpg)
Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat tembakan di sekitar masjid di kawasan Wadi al-Kabir di ibu negara, Muscat.
![Tembakan di masjid di Muscat, polis Oman lancar siasatan Tembakan di masjid di Muscat, polis Oman lancar siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Tembakan di masjid di Muscat, polis Oman lancar siasatan
Polis memaklumkan semua langkah dan prosedur keselamatan yang diperlukan telah diambil sebagai tindak balas terhadap insiden itu.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719671452_TBSirajuddinSuhaime.jpg)
JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI
JAKIM menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.
![Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719634559_tbhantuketawa.jpg)
Misteri 'hantu ketawa' atas bumbung masjid terungkai
SUARA misteri wanita ketawa di sebuah masjid yang menakutkan penduduk setempat sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab.
![Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718701781_bayi.jpg)
Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid
Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan dijumpai di Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, pada Selasa.