BATU PAHAT: Seramai 129,835 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ditawarkan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kemasukan sesi akademik 2021/2022 akan datang.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Husaini Omar berkata, ia melibatkan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Jumlah itu adalah sebahagian daripada 259,000 permohonan.
"Senarai mereka yang dapat tawaran dikeluarkan UPU Online dimana pelajar yang memohon boleh masuk (periksa). Mereka mendapat tawaran untuk semua IPTA, 20 universiti awam dan politeknik. Tawaran dikeluarkan hari ini, mana yang tidak dapat atau hendak merayu boleh merayu bermula 26 Julai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, hari ini.
Pada Khamis, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan kemasukan pelajar terbabit boleh disemak secara dalam talian mulai 12 tengah hari ini.
Mereka yang ditawarkan, boleh membuat pengesahan setuju atau tidak menerima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai Sabtu hingga 26 Julai di laman web IPTA dan ILKA terbabit.
Sementara itu, Husaini turut memaklumkan setakat ini 40 IPT digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Ia bagi membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berlangsung.
Astro Awani
Fri Jul 16 2021

Husaini berkata seramai 129,835 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ditawarkan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kemasukan sesi akademik 2021/2022 akan datang. - Gambar fail

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.

Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.

Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.

IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.

Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.

JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.

Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.

Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.

MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.

Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini - Wong
Sejumlah RM96.7 juta peruntukan membabitkan pemberian baucar buku bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat IPT sudah ditebus setakat hari ini.