Kemalangan kira-kira jam 8.55 pagi itu melibatkan dua buah kereta jenis MPV SsangYong dan Honda Civic, sebuah lori treler dan sebuah van jenis Toyota Commuter yang membawa 13 penumpang.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Rosmaidi Baharuddin, dua lelaki di dalam van mengalami cedera parah manakala sembilan mangsa lelaki mengalami cedera ringan.

Dua mangsa wanita yang turut berada di dalam van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, dua lagi mangsa yang cedera terdiri daripada pemandu dan penumpang kenderaan SsangYong.

Kata Mohd Rosmaidi, JBPM menerima panggilan kecemasan jam 8.56 pagi dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.
Seramai 28 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap, Perai dan Bukit Mertajam terlibat dengan operasi itu.

Menurut Mohd Rosmaidi, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa mengalami sedikit kesukaran ekoran tiga mangsa tersepit dalam kenderaan.
Bagaimanapun ketiga-tiga mangsa berkenaan berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian.
Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hopsital Seberang Jaya untuk menerima rawatan.