MOSCOW: Sebuah kapal kargo dengan 14 anak kapal karam pada kedudukan 4.5 batu nautika barat daya Pulau Lesbos, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Athens-Macedonia (AMNA) pada Ahad.
Menurut laporan itu, kapal yang membawa muatan garam itu dalam pelayaran dari pelabuhan Ad Dakhilah di Mesir ke Istanbul.
Anak kapal itu pula terdiri daripada dua warga Syria, empat India dan lapan rakyat Mesir.
Menurut laporan itu misi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan seorang kru berjaya diselamatkan.
Beberapa kapal dikerah untuk misi itu, termasuk lima kapal kargo dan tiga kapal pengawal pantai.
Helikopter tentera udara dan tentera laut serta sebuah kapal frigat tentera laut turut digunakan dalam operasi itu, menurut laporan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023

Seorang anak kapal sebuah kapal kargo dibawa ke hospital dalam operasi menyelamat, selepas sebuah kapal karam di Pulau Lesbos, Greece, 26 Nov 2023. - REUTERS
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura
MPA mengarahkan kapal Intan Daya 368 untuk membantu selepas ia dimaklumkan mengenai panggilan kecemasan Silver Sincere kira-kira 3.40 petang Ahad.

Kapal karam berusia 1,500 tahun dijumpai kenderaan robotik bawah air
Bangkai kapal perdagangan berusia 1,500 tahun ditemukan di perairan pantai Ayvalik, wilayah Balikesir, Turkiye.

Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.

Kapal karam: Pengerusi Morgan Stanley International, Jonathan Bloomer antara yang hilang
Pihak berkuasa Itali meneruskan operasi mencari enam tetamu yang hilang, termasuk Pengerusi Morgan Stanley International, Jonathan Bloomer dan isterinya, Judy Bloomer.

Labuan tumpuan penyelam kaya biodiversiti marin, tapak bangkai kapal
Labuan melakar nama sebagai destinasi utama pelancongan dengan keindahan alam semula jadi marin yang memukau.

Teluk Filipina berdepan risiko tumpahan minyak
Sebuah kapal tangki membawa 1.4 juta liter bahan api industri karam di perairan Filipina pada Khamis.

4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.

13 hilang, kapal kargo karam di Pulau Lesbos, Greece
Kapal yang membawa muatan garam itu dalam pelayaran dari pelabuhan Ad Dakhilah di Mesir ke Istanbul.

Bot karam: 35 migran dikhuatiri maut, 24 lagi hilang di Djibouti
Lebih 35 migran dikhuatiri terbunuh di Teluk Aden selepas sebuah kapal karam di Godoria, berhampiran bandar pantai Obock, timur laut Djibouti.

Kapal bawa barang pertanian karam di Selat Melaka, 11 kru hilang
Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka hari ini.