KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 individu dalam 13 serbuan kerana disyaki terlibat kegiatan penyeludupan kontraban, bunga api dan perlombongan bitcoin di sekitar Lembah Klang dalam Op Kontraban mulai 5 April lepas dengan rampasan hampir RM10.1 juta.
Mereka yang ditahan oleh Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas dan Pasukan Gerakan Khas dalam operasi 10 hari itu terdiri daripada 11 lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing berumur lingkungan 20 hingga 50-an.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata dalam serbuan pertama pada 5 April lepas, polis menahan seorang lelaki bersama 1,079 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM318,634.40 serta sebuah kenderaan di Kajang, Selangor.
Susulan serbuan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan serbuan kedua di lokasi sama dengan merampas 2,800 karton rokok pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1.1 juta menjadikan jumlah keseluruhan rampasan kedua-dua serbuan dianggarkan RM1.5 juta.
"Serbuan ketiga dijalankan di Klang dan polis menahan seorang lelaki dan merampas 264 kotak mercun pelbagai jenis diangggarkan bernilai RM800,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam serbuan keempat pada Rabu lepas, sebuah premis perindustrian di sekitar Lembah Klang dikesan menjalankan kegiatan pengilangan dan pembungkusan rokok yang didapati tidak mendapat kelulusan kastam.
"Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang bertanggungjawab ke atas premis itu dan merampas sejumlah 15,600 karton rokok pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM6.2 juta.
"Premis itu didapati menyalahgunakan kelulusan sedia ada dengan membuat pembungkusan dan pengedaran rokok tanpa kelulusan kastam," katanya.
Sementara itu, Hazani berkata polis meneruskan operasi mengekang kegiatan perlombongan bitcoin dan bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan operasi membanteras kegiatan mencuri dan membuat penyambungan tidak sah elektrik.
Beliau berkata dalam operasi khas itu, sembilan premis diserbu dan polis merampas 515 unit mesin bitcoin yang dianggarkan bernilai melebihi RM1.5 juta dan menahan tujuh lelaki tempatan bersama dua lelaki warga asing.
"Operasi khas itu berjaya mengekang kerugian berjumlah 374,353.10 kwh per bulan dengan nilai RM190,545.70 per bulan kepada pihak TNB," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hazani berkata berdasarkan statistik keberhasilan bermula Januari hingga 15 April lepas, polis melancarkan 35 serbuan dan menahan 51 individu manakala nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM38 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022

Datuk Seri Hazani Ghazali berkata dalam serbuan pertama pada 5 April lepas, polis menahan seorang lelaki bersama 1,079 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM318,634.40 serta sebuah kenderaan di Kajang, Selangor. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Cubaan bolos sindiket migran, kontraban meningkat - Maritim
Selepas ekonomi negara dibuka semula, peningkatan cubaan untuk merentas sempadan negara berlaku setiap malam.

13 individu ditahan seludup kontraban, bunga api, bitcoin bernilai RM10.1 juta
Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing berumur lingkungan 20 hingga 50-an.

PDRM perkukuh kawalan sempadan, halang tiga aktiviti jenayah utama
PDRM berusaha memperkukuh kawalan sempadan negara menerusi Op Benteng COVID-19 bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin, kontraban seperti rokok serta arak, dan penyeludupan dadah.