Sempena tarikh 13 Mei yang merekodkan peristiwa hitam tercetusnya sengketa kaum pada tahun 1969, pelbagai kata-kata positif dikongsikan orangramai khususnya golongan muda menerusi laman sosial masing-masing.
Meskipun sentimen perkauman kembali dibangkitkan sesetengah pihak sepanjang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu, generasi baru dilihat seolah-olah tidak termakan dengan hasutan politik kotor berkenaan.
Bagi generasi baru, perpaduan dan kedamaian di antara kaum yang dinikmati hari ini perlu terus dikekalkan dengan harapan detik berdarah itu tidak berulang lagi.
Pandangan mereka sejajar dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat menolak segala dakwaan berbentuk ekstremis dan isu perkauman yang tidak sihat.
Menurutnya, kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan kesederhanaan dan merapatkan jurang di kalangan rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
“Umno menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun Umno ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu.
Justeru Najib turut memberi jaminan untuk meneruskan agenda transformasi yang mengangkat prinsip keadilan sosial sebagai teras pemerintahan mandat yang baru ini.
Rusuhan yang berlaku pada 13 Mei 1969 mengakibatkan seramai 196 orang terkorban, 39 hilang dan lebih 439 yang lain tercedera.
Kejadian meletus akibat sentimen perkauman yang dimainkan oleh calon-calon pilihan raya pada ketika itu.
Khairul Wasiril Aswad
Mon May 13 2013


SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

KRT mampu jana pendapatan sumbang kepada Ekonomi MADANI - Aaron
Kawasan Rukun Tetangga kini turut memainkan peranan dalam membantu pelaksanaan Ekonomi MADANI melalui beberapa sektor seperti pertanian, agrotani dan pelancongan.

Tun Dr Ismail tokoh majukan orang Melayu, tanpa abai bukan Melayu - Jeniri
Tun Dr Ismail merupakan pemimpin unggul yang berpandangan ke hadapan dan sangat menekankan soal keadilan serta kesaksamaan sosial.

MAGERAN diperlukan untuk selesai pelbagai krisis negara - Veteran UMNO
Majlis Gerakan Negara (Mageran) boleh ditubuhkan ketika ini sebagai satu penyelesaian menyeluruh pelbagai krisis yang melanda negara hari ini.

Boleh hilang kelayakan jika tidak hadir sidang Parlimen esok - Wan Junaidi
Ahli Parlimen yang tidak hadir pada persidangan Parlimen yang akan berlangsung selama sehari pada Isnin bakal berdepan dengan kemungkinan hilang kelayakan.

Pas, UMNO boleh bersama pertahan Islam - Hadi
Abdul Hadi juga turut mengingatkan kaum lain bahawasanya yang memulakan perjuangan menentang penjajah di negara ini adalah orang Islam dan Bumiputera.

13 Mei lagi?
Adalah sesuatu yang sangat salah apabila selepas hampir 60 tahun merdeka warga negara ini masih ada rasa curiga antara satu sama lain.

13 Mei: Bagaimana kita harus mengingati titik hitam dalam sejarah Malaysia?
Sesetengah pihak menggunakannya sebagai alat untuk ketakutan dan kebencian tetapi ada yang ingin memupuk perpaduan dan perdamaian dengannya.

13 Mei: Elak isu sensitif, kata bekas pemimpin PERKASA
Rakyat Malaysia mesti mengelakkan memainkan isu sensitif dan menolak ekstremisme dalam memperingati 13 Mei.

Mengenang 13 Mei: Kembalikan sekolah aliran Inggeris, kata Noor Azimah
Aktivis pendidikan, Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang berpendapat bahawa sebuah "bahasa yang neutral" seperti Bahasa Inggeris adalah lebih berkesan berbanding penekanan kepada Bahasa Melayu.

13 Mei 1969
Apakah yang kita tahu tentang peristiwa berdarah itu? Bagaimanakah kita mengenang sejarah itu?