MELAKA: Jabatan Imigresen negeri menyerbu sebuah hotel di sekitar Bandaraya Melaka yang disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa izin dalam Operasi Sapu (Op Sapu) di sini pada Selasa.
Pengarah Imigresen negeri Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata 13 pekerja asing hotel itu bersama tujuh lagi warga asing tanpa izin antara ditahan dalam beberapa siri serbuan berasingan bermula 9 pagi hingga 11 malam, Selasa.
"Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 48 tahun melibatkan seramai 17 warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh daripada 70 warga asing yang telah diperiksa.
"Antara lokasi yang turut menjadi sasaran ketika serbuan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri ialah medan selera, pusat mencuci kenderaan mewah dan penempatan pekerja asing," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Mengulas lanjut Anirwan berkata hasil pemeriksaan menyeluruh ke atas hotel terkemuka itu, pihaknya mendapati mereka menggunakan khidmat ejen pekerja asing yang membekalkan pekerja untuk pengemasan, pembersihan dan juga pelayan restoran.
"Seramai 41 pekerja warga asing di hotel terbabit telah diperiksa dan 13 orang yang ditahan itu disyaki melakukan kesalahan tinggal lebih masa dan juga melanggar syarat pas atau permit kerja yang telah dikeluarkan.
"Hasil pemeriksaan juga mendapati pihak hotel telah menggunakan khidmat pekerja terbabit kita-kira lima bulan dan ketika serbuan itu juga, ada yang cuba menyembunyikan diri selain menyamar sebagai pekerja tempatan," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata pada operasi di lain tempat, terdapat warga asing yang bertindak agresif dan cuba melarikan diri semasa anggotanya melakukan serbuan tanpa memikirkan keselamatan diri.
Katanya antara kesalahan lain yang dikenal pasti dalam serbuan tersebut adalah masuk dan tinggal di Malaysia secara haram dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri serta lain-lain kesalahan di bawah AktaImigresen 1959/63 (Akta 155).
"Sembilan borang saman kepada saksi turut dikeluarkan kepada majikan yang bertanggungjawab untuk membantu siasatan dan tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023

Mereka yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 48 tahun, melibatkan 17 warga Indonesia, dua warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh. - Foto Facebook Jabatan Imigresen Melaka

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masuk ke negara
Berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat dua lagi bot yang dipercayai membawa PATI Myanmar berada di laut.

650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal
Kesemua PATI bitu dihantar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan kapal MV Antonia 1.

Imigresen Pahang tahan 30 pendatang asing tanpa izin
Mereka ditahan dalam satu operasi yang dijalankan di beberapa rumah sekitar daerah Kuantan pada semalam hingga awal pagi tadi.

Pusat beli-belah digempur, 46 pekerja warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menahan 46 pendatang asing tanpa izin yang bekerja di sebuah pusat beli-belah terkenal dekat Jalan Imbi.

Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Enam PATI ditahan Maritim Malaysia selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian.

Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’
Kesemua PATI itu ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.

Tahanan lolos di Bidor: 10 lagi ditahan semula setakat 5 petang Sabtu
Seramai 10 lagi tahanan yang meloloskan diri dari Depot Sementara Imigresen Bidor pada Khamis, berjaya diberkas semula setakat pukul 5 petang Sabtu.

Pendatang lolos di Bidor: 39 ditahan setakat 8 malam ini - Polis
Sebanyak 39 daripada 131 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, telah ditahan setakat 8 malam ini.

Tahanan lolos di Bidor: 37 ditahan setakat petang ini - KP Perak
Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas, berjaya ditahan setakat 6 petang ini.

13 pekerja hotel antara 20 pendatang asing tanpa izin ditahan di Melaka
Mereka ditahan dalam beberapa siri serbuan berasingan bermula 9 pagi hingga 11 malam pada Selasa.