HULU TERENGGANU: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menahan 13 penunggang motosikal 'motocross' yang menceroboh Hutan Simpan Tembat, Kuala Berang di sini, untuk menjalankan aktiviti sukan lasak.
Pengarahnya, Roslan Rani berkata, kesemua lelaki berusia antara 32 hingga 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 petang pada Khamis lepas.
Menurut Roslan aktiviti berkenaan dipercayai telah dijalankan tanpa sebarang permit dan kebenaran pihaknya.
Katanya, pihaknya turut menyita 13 motosikal pelbagai model untuk tindakan lanjut.
"Kesemua mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 47 (1) (c) Enakmen Perhutanan Negara (Penerimaan-pakai) 1986 Negeri Terengganu.
"Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya," katanya di sini, hari ini.
Roslan berkata, pihaknya dengan kerjasama agensi berkaitan menjalankan operasi pemantauan bersepadu secara berterusan bagi mencegah aktiviti pencerobohan hutan di negeri itu.
Astro Awani
Sat Sep 18 2021
![13 penunggang 'motocross' ditahan ceroboh hutan simpan 13 penunggang 'motocross' ditahan ceroboh hutan simpan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631962919_TBmotocross.jpg)
Roslan berkata, aktiviti berkenaan dipercayai telah dijalankan tanpa sebarang permit dan kebenaran pihaknya. - Gambar hiasan
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
![Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739617937_HostagesFamily.jpg)
Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.
Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib
Menteri pembangunan masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib menjelaskan banyak telaga tiub di Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop dan Sibuga tidak berfungsi kerana gagal diselenggara dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
Pembukaan syarikat berteknologi tinggi buka banyak peluang pekerjaan di Sarawak
Tan Sri Abang Johari berkata usaha kerajaan negeri meningkatkan ekonominya itu dengan membangunkan beberapa syarikat penting dan berteknologi tinggi akan menarik minat anak Sarawak untuk kembali bekerja di Bumi Kenyalang menerusi peluang pekerjaan yang disediakan.
![13 penunggang 'motocross' ditahan ceroboh hutan simpan 13 penunggang 'motocross' ditahan ceroboh hutan simpan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631962919_TBmotocross.jpg)
13 penunggang 'motocross' ditahan ceroboh hutan simpan
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menahan 13 penunggang motosikal 'motocross' yang menceroboh Hutan Simpan Tembat, Kuala Berang di sini, untuk menjalankan aktiviti sukan lasak.
![Kementerian akan bantu percepat projek litar Labuan - Khairy Kementerian akan bantu percepat projek litar Labuan - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/61497367806_KhairyJamaluddin.jpg)
Kementerian akan bantu percepat projek litar Labuan - Khairy
KBS akan bantu mempercepatkan pelaksanaan projek litar sukan permotoran antarabangsa Labuan yang bernilai RM7 juta, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.