Ringkasan AI
- 13 penuntut universiti akan memberi keterangan bagi membantu siasatan Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan pada Sabtu lalu.
- Pelajar-pelajar tersebut dijadualkan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari Ahad.
- Perhimpunan yang disertai kira-kira 200 peserta telah berarak dari pusat beli-belah terkemuka hingga ke Dataran Merdeka.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kesemua mereka telah diberi pemakluman untuk memberi keterangan pada Ahad.
"Mereka dijangka akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada esok (Ahad)," katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Terdahulu media melaporkan penganjur perhimpunan memaklumkan mereka menerima panggilan daripada pihak polis pada Jumaat bagi diambil keterangan.
Senarai nama melibatkan 13 orang penuntut universiti telah diberikan oleh pihak polis.
Kesemua pelajar itu dikehendaki memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Ahad ini, jam 1 petang.
Dalam perhimpunan itu, kira-kira 200 peserta telah berarak dari pusat beli-belah terkemuka hingga ke Dataran Merdeka. -- Sinar Harian