Tiga belas daripada 19 individu yang diperintahkan untuk membela diri berkaitan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu mahu mengaku bersalah dengan pengakuan mereka dijangka dilakukan esok, Mahkamah
Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Tertuduh termasuk tiga lelaki tempatan yang mana tuduhan pindaan ke atas mereka dibuat pada 5 Feb.
Para peguam yang mewakili kesemua 13 tertuduh meminta untuk bertemu anak guam mereka berhubung keputusan mereka hari ini dengan rayuan dan supaya hukuman diringankan, akan dibuat esok.
Hakim Stephen Chung, yang menetapkan tiga minggu mulai hari ini untuk mendengar keterangan pihak pembelaan, menangguhkan prosiding kepada esok.
Pada 5 Feb, Chung memerintahkan 19 daripada 30 tertuduh dalam kes itu untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie selepas 239 hari perbicaraan yang bermula pada 6 Jan, 2014.
Sebahagian tertuduh menghadapi antara satu dan pelbagai tuduhan kerana menganggotai kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Ada yang didakwa melindungi individu yang dia tahu adalah anggota kumpulan pengganas; membantu atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu; dan membantu kumpulan pengganas dengan menyalurkan bantuan kewangan.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 12 Feb dan 10 April, 2013.
Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Dusuki Mokhtar dan dibantu DPP Datuk Jamil Aripin, telah membawa 166 saksi dalam perbicaraan yang dijalankan di Jabatan Penjara Sabah.
Satu pasukan yang diketuai Datuk N. Sivananthan, peguam yang dilantik kerajaan Filipina, mewakili rakyat Filipina, manakala Abdul Gani Zelika, Putli Noor Asikin Datu Gulam dan satu pasukan diketuai Kamaruddin Mohamad Chinki dan Ram Singh masing-masing mewakili tiga lelaki tempatan.
Bernama
Mon Feb 22 2016
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 12 Feb dan 10 April, 2013. - Gambar fail
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
13 tertuduh kes pencerobohan Lahad Datu mahu mengaku bersalah
Tiga belas daripada 19 individu yang diperintahkan untuk membela diri berkaitan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu mahu mengaku bersalah dengan pengakuan mereka dijangka dilakukan esok.
Kes Lahad Datu: Dokumen tidak disediakan pegawai pemproses
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa dokumen mengenai pintasan komuniksi, yang dikemukakan pada perbicaraan seorang anggota polis yang disabitkan kesalahan menyembunyikan data tentang L.Datu.