ROMPIN: Sebanyak 130 kerosakan jalan raya di jalan Persekutuan dan Negeri di negeri-negeri yang dilanda banjir dilaporkan akibat bencana itu setakat ini, kata Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 56 kerosakan adalah di jalan Persekutuan dan memerlukan hampir RM130 juta untuk memperbaikinya secara berperingkat mengikut tahap kerosakannya setelah peruntukan diterima.
"Yang mana boleh dipercepatkan kita akan segerakan, kalau ada yang perlu bina jambatan dan seumpamanya kita akan lakukan kajian terlebih dahulu," katanya kepada Bernama selepas memantau pemasangan jambatan bailey di laluan FT2490 Jalan Masuk ke Perwira Jaya dan Selancar, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai pemasangan jambatan bailey atau jambatan panel keluli bermodular sepanjang 42.67 meter (140 kaki) itu, beliau berkata ia giat dijalankan dan dijangka siap petang esok.
Menurutnya, kerja-kerja menstabilkan hakisan telah dilaksanakan semalam sebelum pemasangan jambatan itu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan 80 petugas.
"Setakat ini, pemasangan berjalan lancar yang mana mereka bekerja secara 24 jam, cuma mungkin cabaran di sini ialah kawasannya agak sempit namun mereka akan lakukan sehabis baik untuk menyiapkan pemasangan jambatan itu," katanya.
Menurut Wan Ahmad Uzir, komponen-komponen jambatan sementara tersebut telah digerakkan ke lokasi pada Khamis dari JKR Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan JKR Daerah Petaling, Selangor.
Runtuhan jalan yang dianggarkan sepanjang 23 meter itu mengakibatkan kira-kira 12,000 penduduk setempat mengalami kesukaran untuk menuju ke bandar selepas jalan berkenaan ditutup bagi semua jenis kenderaan demi keselamatan pengguna.
Jalan tersebut merupakan laluan yang menghubungkan penduduk setempat Felda Selancar ke Segamat dan juga ke Muadzam Shah, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023

Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman (dua dari kiri) melihat kerja-kerja pemasangan jambatan bailey sepanjang 140 kaki di laluan FT2490 jalan masuk ke Perwira Jaya dan Selancar yang runtuh akibat banjir hari ini. - Foto BERNAMA

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

130 kerosakan jalan raya dilaporkan akibat banjir - KKR
Sebanyak 130 kerosakan jalan raya di jalan Persekutuan dan Negeri di negeri-negeri yang dilanda banjir dilaporkan akibat bencana itu setakat ini.