Parlimen Belia Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri apabila bersidang buat kali pertamanya melibatkan 133 perwakilan yang membahaskan pelbagai usul dalam suasana tenang dan terkawal di Dewan Rakyat hari ini.
Persidangan yang bermula 10 pagi dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee dan disusuli dengan bacaan doa.
Seperti persidangan Dewan Rakyat, anggota dan pegawai Dewan turut hadir termasuk Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah.
Ronald dalam ucapan ringkasnya berkata perwakilan diharapkan dapat berbahas dengan bijak dan matang dengan mengemukakan idea-idea bernas tentang isu semasa untuk dibahaskan.
Beliau juga percaya, pada akhir perbahasan nanti, perwakilan mampu merangka pelbagai program belia untuk dimajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan dan pihak-pihak lain untuk maklum balas seterusnya.
Persidangan kemudian dimulakan apabila anggota Jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya Mohd Abroar Mohd Sidek, (perwakilan Selangor 10) bangun dan mencadangkan kerajaan menubuhkan 'Skim Biasiswa Kecemerlangan Kemahiran' (SBKK) untuk membantu pelajar kemahiran melanjutkan pelajaran.
Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas dan ia antara lain bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.
Daripada 133 anggota belia yang terlibat dalam persidangan Parlimen Belia hari ini, seramai 13 orang dilantik, dan selebihnya dipilih.
Terdapat sembilan jawatankuasa dalam sistem Parlimen Belia ini iaitu Sosioekonomi; Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik; Keselamatan, Undang-undang dan Integriti; Pendidikan dan Kerjaya; Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Integrasi; Infrastruktur, Pembangunan dan Alam Sekitar; Komuniti
Pembangunan dan Kesihatan; Teknologi dan Inovasi; Rohani dan Agama.
Untuk persidangan pertama ini, sebanyak sembilan usul akan dibentang dan dibahas dalam masa 90 minit dan dijangka kesemua usul dapat dihabiskan dalam tempoh dua hari persidangan.
Bernama
Sat Jan 10 2015
Perwakilan mampu merangka pelbagai program belia untuk dimajukan kepada KBS dan pihak-pihak lain untuk maklum balas seterusnya.
JDT ke final Piala Malaysia, singkir Terengganu FC dengan agregat 6-1
Skuad bimbingan Hector Bidoglio membawa bekalan selesa 4-0 daripada aksi separuh akhir pertama pada 17 Jan lepas.
10 Berita Pilihan - (1 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas 1 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Februari 2025
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
1️⃣ Amaran ribut petir, hujan lebat
2️⃣ NADMA diminta terus pantau kesiapsiagaan
3️⃣ Tiga warga Israel, 183 Palestin dibebaskan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Amaran ribut petir, hujan lebat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.
Polis giat buru tiga suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta supaya tampil menghubungi pihak polis.
Venezuela dijangka benarkan AS hantar pulang rakyatnya yang merupakan pendatang tanpa izin
Pada Jumaat, Presiden Venezuela Nicolas Maduro bertemu dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Richard Grenell di Caracas.
Wakil Malaysia menang dua anugerah pada pertandingan Mrs World 2024
Dr Shalini Devi merangkul gelaran Best Costume Award dan Mrs World Ambassador Award pada pertandingan itu.
2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
Ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.
133 perwakilan Parlimen Belia mula bersidang hari ini
Parlimen Belia Malaysia bersidang buat kali pertamanya melibatkan 133 perwakilan yang membahaskan pelbagai usul di Dewan Rakyat.