SHAH ALAM: Kira-kira 136,448 warga asing di seluruh negara direkod melakukan pelbagai kesalahan jalan raya bermula 2019 hingga Mei tahun ini, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli.
Aedy Fadly berkata daripada jumlah itu, kesalahan tiada lesen memandu atau tamat tempoh serta tiada lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam menjadi kesalahan utama dengan 143,630 notis saman telah dikeluarkan dalam tempoh yang sama.
"Bagi Selangor pula, seramai 566 warga asing direkod melakukan kesalahan dan kira-kira 6,851 notis kesalahan telah dikeluarkan sejak 2019 hingga 23 Jun lepas," katanya dalam sidang media Op Pemandu Warga Asing (PEWA) yang dijalankan bermula 8 pagi tadi di Persiaran Budiman, Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini hari ini.
Aedy Fadly berkata operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memfokuskan kepada pemandu warga asing di kawasan Taman Sri Muda dengan 714 pelbagai jenis kenderaan diperiksa serta 132 notis saman dikeluarkan terhadap warga asing.
"Sehingga 5 petang tadi, JPJ telah menyita 22 kenderaan iaitu 19 motosikal, dua lori dan sebuah kereta atas pelbagai kesalahan. Untuk makluman semua, kita memfokuskan kawasan ini berikutan ia adalah lokasi panas bagi warga asing," katanya.
Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata rata-rata kenderaan yang disita dimiliki warga tempatan dan tindakan mahkamah akan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan Aedy Fadly Ramli (tengah) pada sidang media sempena Ops Pemandu Warga Asing di Persiaran Budiman Seksyen 25 Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Tiada unsur jenayah kes kematian warga asing dilanggar kereta api - Polis
Tiada unsur jenayah dalam kes kematian seorang warga asing susulan dilanggar kereta api di Stesen Komuter Klangpagi semalam.
KPDN serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi di Kulai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merampas 903 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di sini hari ini.
Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai.
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
PGA tumpas kegiatan pemerdagangan orang di Pasir Mas
Hasil pemeriksaan di sebuah rumah PGA menjumpai dua lelaki dan empat wanita termasuk empat kanak-kanak disyaki warga Myanmar.
Mayat buruh ditemukan terapung di jeti pasar ikan
Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terapung di perairan jeti tempat pemunggahan ikan di pangkalan Pasar Umum Bandar Sandakan.