SEREMBAN: Seramai 14,426 pesakit buah pinggang menjalani perkhidmatan dialisis di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,574 pesakit mendapatkan rawatan secara hemodialisis manakala 5,852 adalah menerusi dialisis peritoneal.
"Rawatan dialisis dilakukan selepas pesakit buah pinggang berada di peringkat akhir penyakit dan perlu membersihkan buah pinggang mereka...ada dalam kalangan pesakit menghidapi buah pinggang ini disebabkan oleh secondary causes termasuk diabetes dan darah tinggi.
Jadi kita minta pesakit ini sedar bahawa mereka kena berjaga-jaga dengan penyakit utama yang dihadapi supaya ia tidak berakhir dengan kegagalan buah pinggang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program khidmat masyarakat sempena Hari Buah Pinggang Sedunia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.
Hari Buah Pinggang Sedunia disambut pada 2 Mac setiap tahun bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan buah pinggang.
ZALIHA-BUAH PINGGANG 2 (AKHIR) SEREMBAN
Mengakui tahap kesedaran awam mengenainya masih rendah, Dr Zaliha berkata pelbagai program kesedaran termasuk pemeriksaan kesihatan dan saringan ujian penyakit buah pinggang kepada rakyat dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi meningkatkan penjagaan organ berkenaan.
Beliau berkata ini kerana sudah tiba masanya sistem kesihatan negara kembali kepada konsep penjagaan kesihatan berbanding penjagaan pesakit sekali gus menjamin kehidupan yang lebih baik.
"Konsep itu mudah sahaja, kita kena cegah dari awal, jangan dah sakit baru nak ubati. Kita kena kesan lebih awal buat pemeriksaan, bukan hanya buah pinggang tetapi penyakit lain yang kadang-kadang boleh bawa kepada kerosakan buah pinggang. Ini adalah langkah pertama untuk sihat," katanya.
Sementara itu, beliau berkata KKM akan melancarkan Skim Perubatan Madani iaitu inisiatif khusus bagi golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan kesihatan di klinik am dan swasta selewatnya-lewatnya sebelum Jun ini.
Beliau berkata jawatankuasa teknikal ketika ini sedang memperhalusi perkara itu.
"Kita lihat banyak fasiliti KKM terutama jabatan kecemasan mengalami kesesakan, 70 peratus adalah kes Zon Hijau dan tidak kritikal, jadi kita kena alihkan mereka untuk dapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran kerana fungsi kecemasan adalah untuk kes Zon Kuning dan Merah," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 baru-baru ini dilaporkan berkata kerajaan memperuntukkan sebanyak RM120 juta untuk tujuan itu bagi membantu golongan B40 mendapatkan rawatan perubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Seramai 14,426 pesakit buah pinggang menjalani perkhidmatan dialisis di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
14,426 pesakit buah pinggang jalani dialisis sepanjang tahun lepas - Dr Zaliha
Seramai 14,426 pesakit buah pinggang menjalani perkhidmatan dialisis di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Tiga beranak menumpang tinggal di stor kebun
Tiga beranak di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah di sini terpaksa meneruskan kehidupan dengan menumpang di sebuah stor kebun sejak lebih sebulan lalu.
Program Pendidikan Pradialisis diperkenal di semua fasiliti kesihatan kerajaan tahun depan - Khairy
Program Pendidikan Pradialisis yang dikhususkan kepada pesakit buah pinggang kronik tahap 4 dan 5 akan diperkenalkan di semua fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara mulai tahun depan.
Penantian antara 5 hingga 10 tahun untuk pemindahan buah pinggang
Pesakit buah pinggang di negara ini perlu menunggu antara lima hingga 10 tahun sebelum tiba giliran mereka bagi mendapatkan rawatan pemindahan organ baharu.