KUALA LUMPUR: Sebanyak 14,490 kes penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian melebihi RM581 juta direkodkan bagi tempoh Januari hingga 15 Jun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M.Kulasegaran.
Beliau berkata kes penipuan dalam talian itu melibatkan jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, love scam, jenayah e-dagang, pinjaman serta pelaburan tidak wujud.
"Pada 2022, jumlah kes yang direkodkan adalah sebanyak 25,479 kes manakala 34,495 kes pada 2023. Jumlah kerugian adalah lebih RM851 juta pada 2022 dan lebih RM1 bilion pada 2023," katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) mengenai peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan.
Beliau berkata sehingga Mei lepas, sebanyak 7,960 tangkapan telah dibuat membabitkan 5,933 pertuduhan di mahkamah.
"Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dari Januari hingga Mei tahun ini turut mengadakan 3,689 program cegah jenayah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat," katanya.
Kulasegaran berkata bagi mengatasi jenayah scam, kerajaan merancang untuk meminda beberapa undang-undang sedia ada bagi membolehkan pelaku didakwa di mahkamah dengan lebih efektif dan usaha itu kini berada di peringkat akhir libat urus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

14,490 kes penipuan dalam talian direkodkan enam bulan pertama tahun ini - Kulasegaran
Sebanyak 14,490 kes penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian melebihi RM581 juta direkodkan bagi tempoh Januari hingga 15 Jun lepas.

Lebih 30,000 kes penipuan dalam talian babit kerugian RM1.3 bilion - Pengarah JSJK
PDRM menerima sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 bilion.

Lebih 98,000 kes penipuan dalam talian direkodkan dari 2017-2021, libatkan kerugian RM3.3 bilion
Sebanyak 98,607 kes penipuan dalam talian dengan kerugian dianggarkan bernilai RM3.3 bilion dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 2017 hingga tahun lepas.