SHENZHEN (China): Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post.
Bagaimanapun dua bekas ahli majlis daerah, Lawrence Lau dan Lee Yue-shun dibebaskan.
Kesemua 16 aktivis prodemokrasi itu adalah antara 47 individu yang didakwa melakukan subversif berhubung pemilihan utama tidak rasmi untuk Majlis Perundangan Hong Kong (LegCo) 2020.
Pertuduhan itu membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024
Kesemua 16 aktivis prodemokrasi itu adalah antara 47 individu yang didakwa melakukan subversif berhubung pemilihan utama tidak rasmi untuk Majlis Perundangan Hong Kong (LegCo) 2020. - Gambar hiasan/ Reuters
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Operasi memburu penyerang Saif Ali Khan masuk hari ketiga
Rakaman CCTV memaparkan kelibat suspek , sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara
Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post.