KUALA PERLIS: Seramai 140 orang penumpang terpaksa menunggu hampir lima jam apabila feri yang mereka naiki dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini, kira-kira 8 malam Isnin.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, feri penumpang berkenaan memulakan perjalanan pada petang dan kejadian berlaku kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis.
“Kejadian berlaku apabila Feri Langkawi 1 yang hampir 0.9 kilometer dengan Terminal Feri Kuala Perlis itu tersangkut pada tali yang hanyut di sekitar kawasan berkenaan menyebabkan perjalanan tergendala.
"Hasil siasatan kami mengenalpasti tali berkenaan adalah tali yang hanyut dari kawasan lain," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Baharin berkata, feri itu bagaimanapun telah ditunda dan sampai di Terminal Feri kira-kira jam 12.20 pagi Selasa.
Adie Sufian Zulkefli
Tue May 16 2023
Feri itu telah ditunda dan sampai di Terminal Feri kira-kira jam 12.20 pagi Selasa. - Foto APMM
[TERKINI] Ranking Times Higher Education: UM kekal kedudukan institusi terkemuka
Universiti Malaya kekal kedudukan institusi terkemuka berdasarkan ranking terkini Times Higher Education (THE) World University Rankings by Subject.
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
567 penumpang feri kandas di beting pasir selamat tiba di Langkawi
Feri itu dapat bergerak selepas berjaya ditarik bot tunda dan meneruskan perjalanan ke Langkawi pada jam 9.05 malam.
Feri bawa 567 penumpang ke Langkawi terkandas di beting pasir
Feri terbabit berlepas dari Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis pada 2.30 petang tadi.
Feri bawa 163 penumpang ke Langkawi terkandas lebih lima jam
Sebuah feri yang membawa 163 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi, terkandas lebih lima jam disebabkan kerosakan enjin petang semalam.
140 penumpang feri terkandas hampir lima jam
Feri penumpang berkenaan memulakan perjalanan pada petang dan kejadian berlaku kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis.
JLM tubuh pasukan penyiasat kenal pasti punca kejadian feri terkandas
Pasukan itu akan turut memantau pemeriksaan yang dilakukan ke atas keselamatan feri itu sebelum ia dibenarkan beroperasi semula.
Bot Maritim Malaysia tak dapat hampiri feri terkandas kerana air cetek
Bot Maritim Malaysia sukar merapati feri berkenaan kerana dikhuatiri tersangkut pada beting pasir dalam kejadian berhampira Terminal Feri Kuala Kedah pada jam 4.30 petang itu.
Feri terkandas kerana elak tali sauh - Laporan siasatan
Ketika kejadian, paras air laut di alur pelayaran Kuala Kedah menunjukan paras selamat untuk pelayaran iaitu 1.7 meter.
Feri terkandas berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah
Feri membawa 547 orang penumpang dan kru yang terkandas di muara Kuala Kedah akibat air laut surut, berjaya ditunda ke Terminal Feri Kuala Kedah.
Feri terkandas: APMM selamatkan 119 di Pulau Molleangin
Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Jeti Feri Kudat dan operasi berkenaan berjaya dilaksanakan tanpa melibatkan sebarang kecederaan.
Feri bawa 312 penumpang dari Langkawi terkandas hampir 2 jam
Sebuah feri penumpang yang membawa 312 penumpang dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dilaporkan terkandas ketika menghampiri jeti Kuala Perlis.