Polis mengenakan kompaun kepada 147 pengunjung pusat hiburan, kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam operasi di sekitar daerah Timur Laut, di sini sejak Selasa hingga awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, dalam operasi yang turut disertai Majlis Bandaraya Pulau Pinang itu (MBPP) sebanyak tujuh premis pusat hiburan diperiksa dan lima daripadanya diarahkan ditutup selama tujuh hari, kerana tidak mematuhi SOP PKPP.
“Seramai 99 lelaki dan 48 wanita telah dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang, kerana gagal mematuhi SOP penjarakan fizikal dan melakukan aktiviti terlarang, dalam tempoh PKPP.
“Selain itu polis turut menahan dua lelaki di pusat hiburan berasingan, kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen hiburan awam yang sah keluaran MBPP, serta lesen hiburan telah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Soffian berkata, semua peralatan muzik yang digunakan bagi tujuan hiburan di dua pusat hiburan tersebut turut disita, manakala sebuah lagi premis pusat hiburan turut dikenakan notis menghentikan aktiviti hiburan dengan serta merta dan dikenakan kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan restoran tanpa lesen yang sah oleh MBPP.
Katanya, polis dengan kerjasama MBPP dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan operasi serta pemantauan semua aktiviti perniagaan terutama restoran dan bar, serta tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik perniagaan sama ada diberi notis tutup, disita atau dibatalkan lesen, jika didapati melanggar SOP yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 19 2020
Soffian berkata, polis dengan kerjasama MBPP dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan operasi serta pemantauan semua aktiviti perniagaan terutama restoran dan bar. - Gambar fail
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
147 pengunjung pusat hiburan dikompaun
Dalam operasi yang turut disertai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu sebanyak tujuh premis pusat hiburan diperiksa dan lima daripadanya diarahkan ditutup selama tujuh hari.