KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan seramai 15,000 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney akan mendapat pekerjaan tahun ini.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ketika ini terdapat seramai 77,000 banduan yang sedang dipenjarakan, mampu menjadi tenaga kerja produktif dan bersedia untuk ditempatkan dalam sektor pekerjaan, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing.
"Kita terlalu bergantung kepada pekerja asing. Adalah kerugian jika kita tidak memanfaat tenaga kerja negara.
"Sehubungan itu saya menyeru supaya lebih banyak majikan tampil bagi memberi peluang kedua kepada golongan ini untuk meneruskan kehidupan baharu selepas menjalani hukuman," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani Nota Kolaborasi (NoC) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan JPM di Wisma Perkeso di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad dan Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Beliau berkata sejak 2021 hingga Mac lepas, seramai 588 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney telah mendapat tawaran pekerjaan menerusi inisiatif seperti Program Penempatan Penghuni Bebas Lesen dan Program Re-Entry@MyFutureJobs.
"Jumlah itu melibatkan 409 bekas banduan, 44 orang yang diparol dan orang diselia, manakala bakinya melibatkan penghuni Sekolah Henry Gurney,
Sementara itu, Sivakumar berkata tenaga kerja asing dari Kemboja dijangka meningkat hasil dua Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani semasa lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kemboja pada 27 Mac lepas.
Dalam lawatan kerja yang turut disertai beliau itu, katanya Kemboja bersetuju memberikan latihan dan pendedahan terhadap tenaga kerja mereka, sebelum dihantar ke Malaysia.
Menurutnya mengikut rekod kementerian itu, setakat ini terdapat seramai 4,422 pekerja Kemboja di negara ini dengan 926 orang daripadanya merupakan pekerja domestik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
![15,000 banduan, bekas banduan disasar dapat pekerjaan tahun ini 15,000 banduan, bekas banduan disasar dapat pekerjaan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659616390_TBpenjara.jpg)
Ketika ini terdapat seramai 77,000 banduan yang sedang dipenjarakan dan golongan itu dilihat mampu menjadi tenaga kerja produktif dan bersedia untuk ditempatkan dalam sektor pekerjaan. - Gambar hiasan/BERNAMA
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738746015_AbdulRahmanMohamad.jpg)
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
![Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733510765_TBOrangramai.jpg)
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
![KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731997507_StevenSim.jpg)
KESUMA bincang dengan KPT, universiti lanjut tempoh latihan amali mahasiswa
Kementerian Sumber Manusia sedang berbincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pelbagai universiti untuk melanjutkan tempoh latihan amali bagi mahasiswa.
![Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730623230_StevenSim.jpg)
Kesuma komited pastikan keselamatan pekerja di tempat kerja sentiasa terjamin
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) komited untuk memastikan keselamatan pekerja ketika berada di tempat kerja sentiasa terjamin.
![Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716786489_TBAIjpg.jpg)
Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Mungkin Terkesan Dengan AI Dalam Tempoh 5 Tahun
![Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723512762_Perkeso.jpg)
Perkeso kuat kuasa had siling gaji baharu untuk caruman berkuat kuasa hari ini
Perkeso akan menguatkuasakan had siling gaji baharu bagi maksud caruman daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan, mulai hari ini.
![Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676503567_LogoKementerianSu.jpg)
Empat perundangan di bawah KESUMA kuat kuasa esok
Empat perundangan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan mula berkuat kuasa esok bagi menambah baik prinsip kebebasan berkesatuan dan perundangan kolektif.
![Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726200607_DatukRubiahWang.jpg)
Belanjawan 2025: KESUMA tumpu perkasa institusi TVET di bawah kementerian
Kementerian Sumber Manusia menumpukan agenda memperkasakan institusi TVET di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
![Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721650011_TBStevenSim.jpg)
Dewan Negara lulus dua RUU di bawah KESUMA
RUU itu masing-masing diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
![Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690782633_AbdulRahmanMohamad.jpg)
Lebih 300 majikan mohon sertai projek rintis Dasar Gaji Progresif
Kementerian Sumber Manusia menerima 362 permohonan daripada majikan yang ingin menyertai projek rintis Dasar Gaji Progresif sejak diperkenalkan.