GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan 17 hakim syarie di sebuah hotel di Batu Feringghi, di sini, hari ini.
Mengetuai penerima ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Yang Di Pertua MAINPP diikuti Timbalan YDP MAINPP Datuk Dr Roslan Ahmad.
Selain itu, antara penerima lain yang turut menerima watikah pelantikan ialah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sayuthi Bakar.
Manakala watikah pelantikan bagi hakim syarie dan pendaftar agama diketuai Datuk Muhammad Abdul Karim Wahab selaku Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang.
Sementara itu, dalam titah ringkasnya, Seri Paduka Baginda mengingatkan semua penerima agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran agama Islam.
Al-Sultan Abdullah bertitah, dengan pelantikan tersebut diharapkan dapat menyuntik semangat kepada semua penerima watikah untuk terus melaksanakan tugas menegak syiar Islam dengan sempurna.
"Di sini saya ingin mengingatkan lantikan ini adalah satu lantikan yang besar maknanya dengan penuh tanggungjawab amanah dari Allah SWT untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran agama, dan saya harap lantikan ini bagi sedikit sebanyak semangat untuk kita teruskan menegak syiar Islam dengan cukup sempurna.
"Saya kagum pentadbiran urusan Agama Islam di Pulau Pinang ia dapat ditadbir dengan baik walaupun banyak desakan dan cabaran," titah Seri Paduka Baginda.
Turut hadir menyaksikan pengurniaan itu adalah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Astro Awani
Sat Apr 08 2023

Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan watikah ahli majlis Agama Islam kepada Wan Salim (dua, kanan) pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Dan Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang hari ini. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.