PENGANJURAN pertama kali Heritage Art & Culture Festival menjangkakan kehadiran lebih 50,000 pengunjung sesuai dengan objektif memartabatkan seni, budaya dan aktiviti riadah di Melaka.
Berlangsung di Dataran Pahlawan bermula hari ini hingga esok, festival anjuran bersama Strange Film Sdn Bhd dan Capella Entertainment itu turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 15 artis antaranya Fyna Jebat, Sabhi Saddi, Zarina Zainuddin, dan Asmidar.
Ketua Pengawai Eksekutif Strange Film, Nur Syamimi Sofia Harun berkata, antara program yang dijangka menarik kunjungan ramai adalah Melaka Fun Run Fiesta dan jualan rakan-rakan artis yang terlibat.
“Pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk bertemu selebriti yang hadir serta membeli jualan yang ada sepanjang program berlangsung. Malah, kita juga ada membuka gerai kraftangan dan pameran kerajaan.
“Dalam perancangan, majlis perasmian dan penutup akan dihadiri Datuk Shadan Othman. Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan, kami menjangkakan kehadiran sekurang-kurangnya 50,000 pengunjung.
“Kami berharap objektif utama untuk memartabat budaya tempatan dan dalam pada masa sama, meningkatkan ekonomi peniaga yang terlibat dapat tercapai dengan penganjuran Heritage Art & Culture Festival,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Muhammad Azwan Kamaruddin pula berkata, pengunjung dalam kalangan kanak-kanak juga berpeluang untuk menyertai pertandingan Ratu Kebaya Kanak-kanak dan pelbagai aktiviti lain.
“Selain itu, ada aktiviti seperti Zumba dan Tari Warisan, Pertandingan Mewarna Kanak Kanak, Pertandingan Tarian Tradisional, Pertandingan Kebaya Nyonya dan banyak lagi.
"Kita membuka ruang untuk pengunjung berseronok dan beriadah.
“Dalam pada masa sama, ada 50 gerai jualan yang tersedia termasuk rakan selebriti yang hadir. Jadi ayuh beramai-ramai hadir dan memeriahkan program ini selama dua hari,” ujarnya. -Gempak
Gempak
Sat Oct 07 2023

Festival anjuran bersama Strange Film Sdn Bhd dan Capella Entertainment ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih 15 artis antaranya Fyna Jebat, Sabhi Saddi, Zarina Zainuddin, dan Asmidar. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

15 artis turun padang, Heritage Art & Culture Festival gegar Melaka mulai hari ini
Antara program yang dijangka menarik kunjungan ramai adalah Melaka Fun Run Fiesta dan jualan rakan-rakan artis yang terlibat.