KOTA SAMARAHAN: Sejumlah 15 isu di bawah pemantauan Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) masih belum diselesaikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata isu berkenaan termasuk kuasa negeri ke atas isu kesihatan, kuasa baki perundangan mengenai alam sekitar, tenaga buruh di Sabah dan Sarawak serta pelepasan tanah diberi hak milik kepada persekutuan di Sabah dan Sarawak.
"Kebanyakannya sudah dibawa kepada jawatankuasa (Jawatankuasa Majlis Khas MA63). Ada beberapa perkara yang masih dalam perbincangan. Misalnya, isu pemberian di bawah Akta 112 (1) Perlembagaan Persekutuan (Pertambahan Jawatan) dengan Sarawak.
"Perbincangan sudah mula tapi belum ada kata putus (mengenai) berapa semakan mengenai bayaran balik (bagi royalti minyak dan pembayaran balik tunai petroleum). Selain itu, penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak juga masih dalam pembincangan," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Forum Kesedaran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) 'MA63: Dari Perspektif Generasi Millenial' di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini, beliau berkata antara isu lain yang belum selesai sepenuhnya ialah semakan semula pemberian khas (Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan) negeri Sarawak dan kuasa kawal selia gas dan elektrik negeri Sabah.
Sementara itu ditanya mengenai sama ada nisbah bagi pembahagian 35 peratus kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak perlu dikekalkan tanpa mengikut populasi negeri, Maximus berkata ia terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia masih dalam tahap perbincangan.
Katanya perkara yang lebih penting adalah matlamat untuk kedua-dua negeri itu mendapatkan semula peratusan kerusi seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia, tercapai.
"Objektif utama adalah untuk kembalikan hak 30 ke 35 peratus itu. Nisbah yang digunakan SPR memfokuskan kepada populasi dan urbanisasi namun, yang penting aspirasi dan terma seperti perjanjian itu dikembalikan," katanya.
Sementara itu Ongkili berharap lebih banyak program yang menerangkan mengenai pembentukan Malaysia dan matlamat MA63 dapat diadakan di peringkat insititut pengajian tinggi, sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022
Maximus berkata isu berkenaan termasuk kuasa negeri ke atas isu kesihatan, kuasa baki perundangan mengenai alam sekitar, tenaga buruh di Sabah dan Sarawak serta pelepasan tanah diberi hak milik kepada persekutuan di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.
[KOLUMNIS] Kemajuan berterusan MA63, langkah proaktif perkukuh hak Sabah dan Sarawak
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan satu tonggak penting dalam sejarah pembentukan negara Malaysia dalam memberikan hak dan autonomi khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Belanjawan 2025: Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikkan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak sekali ganda kepada RM600 juta.
Tunai janji dalam MA63 bukan sebab takut hilang sokongan Sarawak, Sabah - PM
Sebaliknya, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah janji pemimpin-pemimpin terdahulu yang mesti dikotakan.
Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.
Perpaduan teguh, setia kawan tinggi harapan Abang Johari di Hari Malaysia ke-61
Katanya, semangat ini dapat terus memajukan negara dan melahirkan generasi yang memiliki jati diri tinggi serta setia kepada ibu pertiwi.
Tambahan peruntukan interim dijangka rancak pembangunan di Sabah, Sarawak
Perlu ada satu mekanisme khusus termasuk pemantauan dan kaedah pemberian dalam memastikan penyaluran dana ke Sabah dan Sarawak tidak disalahgunakan.
MA63: Sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan - TPM
Sebanyak 11 tuntutan di bawah platform rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.