KEPALA BATAS: Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.
Ketua Whip Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Zainuddin Mohamad berkata, tindakan itu diambil berikutan pemilik ladang ternakan babi itu gagal mendapat lesen ternakan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang seperti yang ditetapkan undang-undang.
Menurutnya, tindakan itu juga dibuat selepas mereka didapati gagal menaik taraf sepenuhnya kepada sistem penternakan babi moden.
"Kesemua ladang terbabit telah diberi arahan secara bertulis untuk menghentikan semua operasi ternakan serta-merta sebaik sahaja Lesen Premis Veterinar MBSP dibatalkan.
"Tindakan kompaun turut dikeluarkan terhadap ladang-ladang yang masih beroperasi susulan pembatalan lesen malah sejak 2023 sehingga kini sebanyak 204 kompaun telah dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Bagi ladang ternakan unggas, Zainuddin berkata, sebanyak 44 premis telah disekat dan dibatalkan lesen termasuk sebanyak 121 kompaun dikeluarkan ke atas ladang yang masih beroperasi tanpa lesen.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan berhubung penutupan ladang, sitaan serta pelucuthakan babi adalah termaktub dalam Enakmen Perternakan Babi 2016 dan Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020, sementara unggas pula adalah termaktub dalam Enakmen Perladangan Unggas (Pulau Pinang) 2020 dan Peraturan-Peraturan Pengawalan Perladangan Unggas 2020.
Jelasnya, kesemua perundangan ini berada di luar bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan hanya boleh dikuatkuasakan secara eksklusif oleh JPV Pulau Pinang.
Bagaimanapun katanya, MBSP sentiasa bekerjasama membantu dan menjalankan operasi bersepadu bersama-sama JPVPP berteraskan prinsip 'double action' secara berterusan tanpa sebarang kompromi.
"MBSP meletakkan isu kacau ganggu daripada ternakan sebagai salah satu isu keutamaaan tertinggi dalam segenap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan. Namun, setiap tindakan adalah tertakluk kepada ruang juridiksi serta ketetapan dalam perundangan PBT sedia ada pada masa yang sama, perlu bergerak seiring dan selari dengan undang-undang di luar bidang kuasa PBT.
"Saya bersetuju bahawa sikap penternak yang tidak mematuhi peraturan serta undang-undang sehingga menyebabkan pencemaran sungai amat meyusahkan masyarakat. Keseriusan kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu pencemaran sungai daripada aktiviti penternakan yang tidak mematuhi peraturan ini telah membawa kepada inisiatif mewujudkan enakmen penternakan.
"Melalui enakmen tersebut hukuman yang lebih berat dapat dikenakan kepada mereka yang tidak patuh syarat," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menggesa Kerajaan Pulau Pinang untuk mengambil tindakan lebih tegas untuk menyelesaikan isu pencemaran di Sungai Air Merah dan Sungai Kulim susulan pelepasan sisa itik yang dilaporkan baru-baru ini.
ADUN Sungai Dua itu berkata, sikap golongan penternak yang tidak bertimbang rasa dan berleluasa mencemarkan sungai menyebabkan hidup rakyat semakin sengsara.
Tegasnya perkara itu amat bercanggah dengan tema kerajaan negeri yang dinaungi oleh DAP iaitu 'Penang Bersih dan Hijau'. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 22 2024

Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu. - Gambar hiasan

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

15 ladang babi diarah tutup, 204 kompaun dikeluarkan
Sebanyak 15 daripada 116 premis ternakan babi di seluruh Seberang Perai telah disekat dan dibatalkan Lesen Premis Veterinar sejak tahun lalu.