KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak telah mengesan satu lagi kes kematian yang disyaki dijangkiti rabies dari bangkai anjing dalam tempoh Ogos sehingga 17 Sept tahun ini, menjadikan kini empat kes kematian akibat rabies dicatatkan dalam tempoh berkenaan.
Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata kes terbaru melibatkan mangsa yang dipercayai mendapat jangkitan penyakit berkenaan semasa mengendalikan bangkai anjing peliharaannya.
Beliau berkata tiga kes terdahulu melibatkan seorang mangsa dicakar oleh kucing peliharaan, manakala dua lagi membabitkan kes mangsa digigit anjing peliharaan.
"Kesemua kes ini tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan selepas digigit, dicakar atau mengendalikan bangkai haiwan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya secara keseluruhannya 15 kes maut akibat rabies dilaporkan di Sarawak tahun ini dan kes-kes kematian itu adalah sebahagian dari 17 kes rabies yang dilaporkan di negeri itu di antara 1 Jan dan 17 Sept.
Bagi keseluruhan jumlah kes yang dilaporkan tahun ini, Dr Ooi berkata lima kes adalah dari Bahagian Sibu, Bahagian Serian (empat), Bahagian Kuching (tiga), Bahagian Bintulu (tiga) dan Bahagian Samarahan (dua).
Beliau berkata jumlah keseluruhan kes rabies untuk tempoh itu menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 70 peratus berbanding hanya 10 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas.
"Kumulatif kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak yang dilaporkan semenjak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah sebanyak 72 kes dengan 65 kematian," katanya.
Justeru, orang ramai dinasihati agar segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat selepas digigit atau dicakar oleh haiwan peliharaan.
"Orang ramai juga dinasihati agar tidak mengendalikan bangkai haiwan yang tidak diketahui status jangkitan termasuk haiwan peliharaan dan perlu melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk pengendalian bangkai berkenaan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Sebanyak 15 kes kematian akibat rabies dilaporkan di Sarawak tahun ini. - Gambar fail

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.

13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Kes rabies di Filipina meningkat 23 peratus
Pada Ogos, DOH Filipina menyatakan sekurang-kurangnya 10 wilayah di seluruh negara menunjukkan peningkatan dalam kes rabies.

Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).

16 maut akibat rabies di Sarawak
Kes terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 44 tahun yang meninggal dunia pada 12 Disember lalu.

Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.

Lebih 80,000 kes gigitan haiwan di Sarawak
Sarawak merekodkan sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan sejak 2017, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.

15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca
Sarawak telah mengesan satu lagi kes kematian yang disyaki dijangkiti rabies daripada bangkai anjing dalam tempoh Ogos sehingga 17 Sept tahun ini.